PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH : RIDE SUMBANGAN UNTUK WARIS SYUHADA PADA 18-19 OKTOBER 2017 BERSAMA MATRIX BIKERS KELAB STAF KMK KE KERAMAT, KL.

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Ustaz Mohd Zahid Mahmood

menerima sumbangan Matrix Bikers mewakili  
warga pensyarah,  staf , waris & masyarakat
Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) 







BERHADAPAN LOKASI KEBAKARAN
(BANGUNAN SEMENTARA SEBELUM BERPINDAH)

LOKASI BARU YANG BAKAL DIGUNAKAN










berita sisipan ..

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus dikunjungi ramai   | September 16, 2017

KUALA LUMPUR: Memasuki hari ke-3 tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, yang meragut 23 nyawa, orang ramai terus menunjukkan keprihatinan dengan melawat lokasi kejadian sejak awal pagi tadi.
Malah lokasi berkenaan terus menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam yang datang sendiri untuk menghulurkan sokongan serta sumbangan kepada pusat berkenaan.
Pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmod yang turut berada di lokasi, kelihatan terharu serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kerajaan yang tidak berhenti menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada pusat tersebut.
“Semoga Allah membalas kebaikan semua. Saya tidak mampu mengulas apa-apa, hanya ucapan berbanyak terima kasih dan berdoa semoga Allah memberkati semua pihak yang prihatin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata para pelajar lain dari pusat tahfiz berkenaan akan terus diberi perlindungan dan bimbingan sewajarnya serta telah dipindahkan ke lokasi lain yang dirahsiakan untuk tujuan keselamatan.
Mohd Zahid bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut sebarang pertanyaan pemberita berhubung kejadian tersebut.
“Saya tidak akan ulas apa-apa lagi. Saya harap semua faham kerana pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan. Saya tidak mahu timbul 
“Saya tidak akan ulas apa-apa lagi. Saya harap semua faham kerana pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan. Saya tidak mahu timbul sebarang perkara yang mengganggu tugas polis,” tambahnya.
Kejadian 5.15 pagi kelmarin yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru itu mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang berkenan berangkat menziarahi lokasi kejadian malam tadi, dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak .
Tragedi ngeri itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meninjau lokasi dan melawat mangsa di hospital bagi membantu menyegerakan urusan mengesahkan identiti 23 mangsa terlibat sehingga urusan pengebumian berjalan lancar.
Jenazah kesemua mangsa selamat dikebumikan di beberapa lokasi tanah perkuburan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan.

perjalanan MATRIX BIKERS 

kenderaan yang membawa

4 pensyarah KMKedah & 2 pensyarah KMPerlis & 2 anak



..bertemu dengan otai Bang Li NGOV di R &R Sg Perak

 
18 okt 2017 : 8.45 pagi dari R&R Gurun dan berakhir
19 okt 2017 : 7.45 malam di Hentian Hutan Kampung.

lokasi penginapan di KL

..masih ada rumah ala kampung di bandaraya KL..

..masjid Kg Baru, lokasi Maghrib..
SEMOGA AMAL AKAN DITERIMA DAN DIRAHMATI OLEH NYA.
MATRIX BIKERS AKAN MUNCUL LAGI.
OK BAI








Previous
Next Post »