20 DIS 2019 (JUMAAT)
HATYAI - BANGKOK
Assalamualaikum,
Sawadikap..
Percutian pilihan pada kali ini adalah ke Bangkok, Khao Yai dan Hua Hin. Ketiga-tiga tempat berkenaan terletak di lokasi yang berbeza hampir 3-4 jam untuk pergerakan di antara tempat.
Kami menggunakan perkhidmatan van yang membawa peserta dari KMK ke Hatyai Airport. Seperti biasa, kesesakan dan kelambatan berlaku di kaunter imigresen Thailand. Lebih sejam juga berbaris menunggu. Musim cuti memanglah begitu keadaannya di Bukit Kayu Hitam.
Sarapan pagi di Pekan Dannok, Thailand. Warung muslim yang banyak berderetan. Tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal di Dannok (10 km dari Changlun)
(sempadan Malaysia-Thai).
Jam 1.45 petang, Smile Thailand membawa kami membelah awan dalam tempoh 1jam 35minit ke Bangkok. Harga tambang pergi dan balik, ketika itu (RM553).
Di atas pesawat disajikan sejenis roti/kek (tak de pula logo halal / masing-masing keyakinan; aku memang tak layan lah ) dan air mineral serta minuman bergas.
SUVANABHUMI AIRPORT BANGKOK
Keterujaan semasa tiba di Airport Bangkok, khususnya kaum hawa..
Memang terdapat banyak hidup di dalam terminal yang digubahkan cantik.
KENDERAAN SEMASA DI BANGKOK
Kehadiran kami dinantikan oleh pemandu pelancong wanita muslim (Aishah) yang boleh berbahasa Melayu. Kami dibawa menaiki van ke Bandar Bangkok, trafik sesak tetapi lancar.
Destinasi pertama..dinner di Restoren Makan (restoren halal di Bangkok).
Memang masing-masing lapar dan menyelerakan.
PASAR MALAM NEON, BANGKOK
Perut sudah kenyang..Alhamdulillah.
Bersiar - siar di Pasar Neon...cam pasar malam kat Malaysia je..
ASIATIQUE THE RIVERFRONT , BANGKOK
Seterusnya kami dibawa ke Asiatique Riverfront, Bangkok.
Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dan
terletak di Chao Phraya River
JALAN - JALAN CARI MAKAN HALAL DI BANGKOK
Penginapan di Zayn Hotel (halal hotel).
Hotel baru dan memang selesa dan menyajikan breakfast dan
dinner yang aneka makanan dan sedap. Saya suka...
21 DIS 2019 (SABTU)
BANGKOK - KHAO YAI
Perjalanan hampir tiga jam ke Khao Yai. Lokasi tanah tinggi cam Cameron Highland. Tapi ketibaan kami, cuaca masih juga terik mentari, kata orang kat situ last week memang sejuk. Rasanya suhu tak menentu juga la...
Wahh...lokasi ini menarik perhatian kaum hawa dengan panorama bunga-bungaan. Kami yang lelaki ni ..layan je lah..
Jualan jem sedap pelbagai buah-buahan markisa, strawberi, anggur dll .
Saya suka..
Lokasi yang dilawati..
PB Valley (panorama tanah tinggi)
The Bloom (bungaan)
Primo Piazza (ladang merino, alpaca dan donkey)
Palio Khao Yai (pusat membeli belah bertemakan ala Inggeris)
The chocolate factory
proses pembuatan coklat untuk tontonan ..saya suka.
JALAN - JALAN CARI MAKAN HALAL
Thames Valley
Castle restoren el tea room
JALAN - JALAN CARI MAKAN HALAL
Dinner di Salasa.
Kata tourist guide (Aishah) kat Khao Hai hanya 2 lokasi yang ada halal food kat Salasa.
Penginapan kami malam itu di Salasa Hill Resort, Khao Yai.
Penginapan ala chalet (halal resort).
(termasuk breakfast nasi goreng)
22 DIS 2019 (AHAD)
KHAO YAI
JIM THOMPSON FARM
Lokasi ini memang wajib hadir kalau ke Khao Yai..
Kawasan ladang yang luas dan pelancong di bawa menaiki kenderaan dan
diturun di check point yang ditetapkan.
Ok layan..
Sunflower memang menjadi tarikan..tapi korang ingat tau..
kenderaan tak berhenti kat situ..kena berjalan ke situ di hentian pertama.
Hentian ini paling saya suka...
perkampungan dan proses membuat sutera
proses membuat sutera
ULAT - ULAT SUTERA |
Penghasilan sutera masih menggunakan kaedah lama.
Saya suka..
Bungaan lagi...
Dari Jim Thompson Farm..kami bergerak pulang ke Bangkok.
Kata Aishah perlu cepat untuk menaiki river cruise sebelum jam 5 petang.
Selepas tu, feri besar akan mengambilalih Chao Praya River.
Malam tu kami check in semula di Zayn Hotel.
Dinner kat situ memang terbaik.
Saya suka..
23 DIS 2019 (ISNIN)
BANGKOK - HUA HIN
Pagi itu, kami perlu bergegas ke Maeklong Station untuk melihat keretapi.
Apa yang bestnya...
Rupa-rupanya landasan keretapi ini melalui kawasan penempatan deretan kedai. Sebelum keretapi datang, peniaga menjalankan urusniaga..
Dari segi keselamatan....aduss..susah nak cakap. Tapi keretapi tu bergerak perlahan.
Emm...ok. Agak unik.
Floating Market..adakah sama seperti Hatyai?
Memang berbeza, kami perlu membayar 300 bath untuk menaiki sampan berinjin menyusuri sungai. Panorama yang agak unik. Ada pelbagai jenis makanan yang dijual..saya layan panorama sahaja.
Saya suka...
JALAN - JALAN CARI MAKAN HALAL
Lunch di Muslim Restoren di Aminah (macam kedai makan sahaja).
Menjadi tumpuan bikers dari Malaysia sebelum ke Bangkok.
Kemudian kami dibawa melawat ke
Santorini Park
Camel Republic
Hua Hin Beach
Camel Republic sunyi je...tak de orang..
hanya kami je..
Pantai Hua Hin (laut sebelah timur / sebelah pantai Timur Semenanjung)
Bagi saya biasa je...berlumpur dan tidak sesuai untuk mandi manda.
Kembali ke penginapan Zayn Hotel.
24 DIS 2019 (SELASA)
BANGKOK - HATYAI - DANNOK
Hari terakhir di Bangkok.
Selepas breakfast kami , check out dan dibawa ke lokasi Erawadee
(gedung herba kesihatan)
5 herba penting ni...semua ada di Malaysia.
Kemudian ke kedai menjual makanan dan
singgah di Outlet berhampiran airport (cam Mitsui la).
Jam 1.45 petang, fly ke Hatyai.
Bagus kios information ini.. |
Tiba di Hatyai, sempat ke Asean Night Bazaar.
Harga kebanyakan barang di Bazzar ini lebih murah dari Bangkok tau...
Dinner daging bakar (80 bath) di Dannok sebelum pulang ke Malaysia.
Pintu sempadan Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam ditutup
pada jam 12 malam (11 malam masa Thailand).
24 jam dibuka untuk kenderaan trailer je.
Maklumat tambahan :
Kadar tukaran semasa RM100 = 722 bath
(Tukaran perlu buat di Malaysia, di Thailand dapat nilai rendah)
Nilai pakej lengkap RM1385/pax (termasuk makan)
(Makanan halal dan muslim sangat penting di sana)
Penerbangan Hatyai-Bangkok (pergi dan balik( RM553 ) tiket boleh online sendiri.
Buat pilihan mana paling murah, AirAsia juga ada.
Bangkok..
Makanan halal yang variasi dan lazat,
ada perbezaan dengan kedai thai yang banyak kat Malaysia.
Panorama dan bungaan bagi yang menggemarinya.
Kos yang masih dianggap rendah walaupun nilai matawang bath meningkat.
Pembangunan industri pelancongan yang cermat, bersih, mesra pelancong dan kreatif.
percutian yang menarik dan tertarik.
Jumpa lagi ya...
ConversionConversion EmoticonEmoticon