CORETAN BANTUAN BANJIR FASA 1 OLEH FAIZAL ABU BAKAR


KRONOLOGI PROJEK MISI BANTUAN MANGSA BANJIR (FASA 1)
Terdahulu kami ucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan derma
tuan/puan dalam menjayakan Misi Bantuan Mangsa Banjir (Fasa 1) ini. Jumlah
sumbangan tuan/puan yang kami perolehi sehingga 31 Disember 2014 ialah
berjumlah RM 8070.55. Disini ingin kami kongsikan kronologi projek ini dan
pengalaman ketika berada disana bermula 1- 3 Januari 2015.

27 DIS 2014 (Sabtu)
Bermula dengan usahasama bersama NGO (PEKA), hebahan pengumpulan
barang bantuan dibuat didalam facebook (GOC group). Kami di pihak Kolej
Matrikulasi Kedah (KMK) turut menjalankan kutipan derma banjir kepada warga
KMK. Bermula dari jam 2.30ptg sehingga 10.30mlm, kami telah membuka pondok
pengumpulan barang bantuan bersebelahan BSN. Sambutan yang telah diterima
dari penduduk- penduduk Changlun adalah amat positif. Pihak PEKA telah menyewa
2 buah lori 3 tan untuk membawa barang- barang bantuan. Pengisian barangbarang
bantuan kedalam 2 buah lori tersebut dilakukan semaksima yang boleh.

 28 DIS 2014 (Ahad)
Kedua- dua buah lori tersebut bertolak dari Changlun pada jam 9.00mlm
melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Pilah–Muadzam
kerana laluan Grik-Jeli dan lebuhraya LPT ditutup akibat banjir dan tanah runtuh.
Lori selamat sampai di Kemaman jam 9.00mlm berikutnya. Agihan barang- barang
sumbangan telah diagihkan di Kemaman dan Pasir Putih (Team Raja Shamri).

31 DIS 2014 (Rabu)
Bermula jam 4.00ptg sehingga 10.00mlm, dengan sejumlah wang sumbangan
yang telah berjaya dikumpul, kami memulakan pembelian barang- barang keperluan
iaitu (Aksesori pengurusan diri, mandian, basuhan, alat tulis, ikan kering, pakaian
solat, kurma, water Jet 1200W).
Keperluan Pelbagai Keperluan Pelbagai
Ikan Kering Water Jet
Alatulis Mainan Kanak- Kanak Bekas alatulis1 JAN 2015 (Khamis)
Bermula jam 5.00 ptg, semua barangan sumbangan tersebut dimuatkan
dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang kami naiki. Disebabkan
barangan yang dibawa agak banyak, kenderaan kami kelihatan begitu sarat. Kirakira
jam 6.30ptg, kami bertolak melalui lebuhraya utara selatan ke Cameron
Highland-Ringlet-Sg.Koyan-Kuala Lipis-Gua Musang. Perjalanan kami mengambil
masa kira- kira 12 jam.

2 JAN 2015 (Jumaat)
Disepanjang laluan kami di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai, kelihatan
beberapa buah keluarga yang tumpang berteduh di kaki lima bangunan rumah
kedai. Kemungkinan besar rumah mereka dihanyutkan oleh air. Longgokan perabotperabot
dan perkakas- perkakas rumah yang rosak dipenuhi disepanjang jalan
utama.
 Kami tiba di Masjid Ibrahimi, Pasir Putih jam 10 pagi dan seterusnya
mendaftar sebagai sukarelawan Team Komuniti Cakna Pasir Putih (Team Raja
Shamri).
Setelah agihan tugas diberi, lokasi pertama yang kami tuju ialah Kg Terasil,
Gual Ipoh, Tanah Merah. Inilah lokasi yang paling akhir air banjir surut dan disini
kurang mendapat perhatian media. Kebetulan kami terjumpa satu kumpulan
sukarelawan yang datang dari Terengganu. Dengan bantuan mereka, barang2
bantuan dibungkus satu persatu dan diedarkan kepada mangsa banjir yang
kelihatan masing- masing sibuk mencuci rumah dalam ketiadaan apa- apa peralatan
mencuci. Air dan elektrik sememangnya tiada bekalan akibat tiang letrik yang
tercabut dan patah manakala pam air rawatan masih belum beroperasi. Tiada
makanan dan minuman. Tiada pengangkutan. Tiada kedai- kedai yang dibuka.
Hanya mengharapkan sumbangan orang luar.Ketika kenderaan kami menyusuri perkampungan, penduduk- penduduk
tempatan segera mengerumuni kenderaan kami lalu meminta air dan makanan jika
ada. Betapa mereka amat memerlukan keperluan tersebut. Kami segera berasa
bersalah kerana kami tidak membawa banyak makanan kerana menyangkakan
mereka tentunya telah mendapat bekalan minuman dan makanan dari kumpulan
sukarelawan lain. Rupa- rupanya makanan ringkas seperti roti dan air mineral yang
disumbangkan hanya cukup untuk satu hari sahaja. Berita yang tersebar kononnya
makanan dan minuman berlebihan rupanya tidak tepat. Ya, mungkin berlebihan di
sesetengah tempat sahaja, tapi bukannya menyeluruh. 3 JAN 2015 (Sabtu)
Memandangkan barang- barang bantuan telah habis, kira- kira jam 9.00pg
kami menambah lagi bekalan (Air mineral, sardin tin dan gula) yang dibeli di Kok
Lanas untuk diedarkan kepada mangsa- mangsa banjir di Manik Urai, Kuala Krai.Perjalanan ke Manik Urai mengambil masa kira- kira satu jam dari Kok Lanas.
Apabila sampai di Manik Urai Lama, kami dapati lumpur- lumpur tebal yang
memenuhi segenap tempat telah kering menjadi debu yang tebal. Tidak terfikir
langsung untuk membeli topeng muka.
Manik Urai Baru dan Manik Urai Lama dipisahkan oleh Sungai Lebir yang
sangat luas. Ketika kami melintasi Jambatan Sungai Lebir ini, kelihatan pokokpokok
besar di tebing Sungai Lebir semuanya mati, rebah kebumi. Kayu- kayu balak
bersaiz satu pemeluk entah bagaimana boleh berada diatas jambatan.Suasana di Manik Urai agak sesak dengan kumpulan- kumpulan NGO dan
persendirian. Masing- masing ada yang membawa pakaian dan ada juga yang bawa
makanan. Ada satu kumpulan sukarelawan dari Selangor yang sedang membasuh
lumpur2 setebal sekaki didalam masjid yang dindingnya juga telah pecah.Apabila dilihat kesan daripada tinggalan banjir ini. Terdetik difikiran, ini
bukanlah banjir biasa. Ini sesuatu yang amat luar biasa. Umpama medan perang.
Banjir di kawasan bukit. Kereta- kereta penduduk yang cuba di selamatkan,
diletakkan diatas Jambatan Sungai Lebir. Dalam tempoh tiga hari, air sudah
menggelamkan jambatan. Berpuluh- puluh kenderaan hanyut ke dalam Sungai
Lebir. Rumah- rumah hancur dan ranap sama sekali. Sungguh hebat ujian yang
Maha Esa. SK Manik Urai yang tenggelam hingga paras pinggang di tingkat 3
Rumah- rumah terhimpun di belakang sekolah.Hanya tiang rumah dan anak tangga sahaja yang tinggal.Pokok balak bersaiz gergasi entah dari mana datangnya.
Tiada apa yang tinggal melainkan tapak rumah.Bencana ini benar- benar menguji nilai kemanusiaan selain bermain dengan
perasaan yang bercampur- campur. Kadang- kadang kami sedih melihat nasib anakanak
kecil dan orang tua yang makan pakai mereka langsung tidak terurus, berasa
kecewa juga kepada yang mengambil kesempatan mencuri barang- barang bantuan
dan kadang- kadang terharu apabila melihat sikap sukarelawan yang berbondongbondong
datang dari luar Kelantan. Ada yang datang dalam kumpulan NGO dan ada
juga yang datang secara persendirian. Mereka sanggup mengorbankan masa,
tenaga dan wang ringgit tanpa mengira pangkat dan latar belakang. Semuanya
bekerja keras semata- mata ingin membantu sedaya mungkin sahabat- sahabat
yang tak pernah mereka kenali pun sebelum ini.
Inilah tempat mereka berlindung ketika ini.Alhamdulillah, kira- kira jam 6.30ptg, barang2 bantuan amanah anda semua
telah kami sampaikan kepada yang berhak menerimanya. Kami terpaksa pulang ke
Kedah. Namun hati dan pemikiran kami masih terlekat di Manik Urai. Banyak lagi
yang perlu dibantu. Maaf sahabat- sahabat di Kelantan, hanya ini yang kami mampu
bantu kalian. Semoga usaha kecil kita ini diterima oleh Allah S.W.T.
Teringatkan sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim
dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam
paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya
berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu
bertanya kepada burung kecil itu, ‘Buat apa kau penat-penat mengambil air
berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam
dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan
api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal
aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan
bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat
dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan
harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun
sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN, FASA KEDUA MISI BANTUAN PASCA
BANJIR AKAN MENGHANTAR PASUKAN SUKARELAWAN YANG AKAN
BERTOLAK KE KELANTAN PADA 15 JANUARI 2015 (KHAMIS). OBJEKTIF MISI
KALI INI IALAH MENYUMBANGKAN TENAGA SUKARELAWAN BAGI
PEMBERSIHAN BANGUNAN SEKOLAH DAN MASJID SERTA MENYAMPAIKAN
BANTUAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN. KAMI AMAT MENGALU- ALUKAN
SUMBANGAN DARIPADA PIHAK TUAN/PUAN DALAM BENTUK PAKAIAN
SEKOLAH ATAU ALAT TULIS ATAU DALAM BENTUK KEWANGAN.
SUMBANGAN BOLEH DISERAHKAN KEPADA :
(1) MOHD FAIZAL ABU BAKAR, UNIT KIMIA 
(2) ROSDI MAT ALI, HEP 
SELEWAT- LEWATNYA PADA 15 JANUARI 2015.
Previous
Next Post »