
M E M O
Kepada : SEMUA PENSYARAH DAN PELAJAR
KMK SESI 2015/2016
Tarikh : 17 Jun 2015

Perkara :
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
”MAJLIS SUKAN DAN KOKURIKULUM MATRIKULASI (MKSM)”
PERINGKAT KEBANGSAAN

Perkara
di atas adalah dirujuk.
2. Segala hormatnya dimaklumkan, semua pensyarah
dan pelajar dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.
2.1 Tarikh akhir : 28 Jun 2015 (Ahad)
2.4 Tempat serahan : Serambi
Aktiviti Pelajar
2.3 Syarat pertandingan : Rujuk lampiran
3. Semoga pertandingan ini dapat meningkatkan
pembudayakan kreativiti dan inovasi, di
samping menambahkan markah 10% kokurikulum
di kalangan pelajar.
Sekian,
terima kasih.
Saya yang
menurut perintah,
( AZMI BIN ISMAIL )
Ketua Jabatan
Pengurusan Pelajar
Kolej
Matrikulasi Kedah
Kementerian
Pendidikan Malaysia
SYARAT
DAN TERMA PERTANDINGAN :
1
|
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada
warga matrikulasi (KMK) . Peserta boleh menghantar seberapa banyak
penyertaan. Walau bagaimanapun, walau
bagaimanapun satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
|
2
|
Semua ciptaan mestilah asli dan tidak
diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar
Negara. Semua logo yang diterima oleh UrusSetia Pertandingan Logo JK Minda
Kreatif akan menjadi hakmilik KMK dan tidak boleh dikembalikan.
|
3
|
KMK berhak ke atas logo yang terpilih sama ada
untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan
ataupun dicetak di dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Bahagian
Matrikulasi.
|
4
|
Pemenang akan menerima hadiah , sijil
penyertaan dan tujuan permarkahan kokurikulum peringkat kebangsaan.
|
SPESIFIKASI
REKA BENTUK LOGO
1
|
Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak
mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh
menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya
terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal
sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
|
2
|
Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan
kertas bersaiz A4 berwarna putih. Boleh menggunakan perisian komputer ataupun
lukisan tangan.
|
3
|
Pereka hendaklah memberi keteranganatau
penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang
digunakan.
|
4
|
Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya
dua (2) warna tetapi tidak melebihi (5) warna.
|
5
|
Berciri gabungan moden dan futuristik
mengambarkan sukan dan kokurikulum serta mampu menggambarkan identiti, imej
matrikulasi dan mempunyai ciri-ciri
semangat kerjasama dan kerja berpasukan (teamwork).
|
6
|
Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan
kemas
|
7
|
Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan
jelas dibelakang hasil karya masing. Nama penuh, no matrik, kelas dan no
telefon bimbit.
|
8
|
Hasil karya terbaik akan dihantar ke Bahagian
Matrikulasi.
|
9
|
Panduan lain : 15 kolej matrikulasi di
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia
|
10
|
Contoh-contoh logo
|
ConversionConversion EmoticonEmoticon