KECEDERAAN SUKAN : KEKEJANGAN / CRAMP

PUNCA KEKEJANGAN / KREM / CRAMP DAN CARA MENGATASINYA

Terdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. 

Dalam konteks bersukan, ianya disebabkan oleh:
Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan
Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan
Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih
Aktiviti sukan yang terlalu lasak

Gejala- gejala kekejangan otot

Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan individu tersebut berhenti dari meneruskan aktiviti sukannya.
Otot yang terlibat menjadi tegang, mengeras dan sakit bila di pegang. Dalam keadaan yang teruk ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot yang terlibat.

Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA KEKEJANGAN OTOT?
Regangkan otot yang kekejangan
Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu regangan dilakukan.

Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. 

Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah.   

Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit di sebabkan kekejangan. 



Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Bergeron (2008), pengunaan segera minuman karbohidrat- elektrolit yang mengandungi atau ditambah dengan 3.0g garam galian yang diminum sekaligus atau dalam tempoh 5-10 minit terbukti dapat mengatasi masalah kekejangan otot dan mengelakkan dari berulang kembali masalah yang sama.

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH DARI KEKEJANGAN OTOT?


Lakukan regangan dan pemanasan badan yang cukup sebelum aktiviti sukan
Lakukan variasi dari segi gerakkan badan sewaktu bersukan
Menyediakan air dan snek yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit/ garam galian yang mencukupi.

Cadangan kadar air hilang yang perlu diganti ialah 1.5L bagi setiap sejam aktiviti sukan; ini bergantung kepada kadar perpeluhan, cuaca dan jenis aktiviti sukan. Formula menggantikan kadar air yang hilang ini digalakkan diguna pakai pada aktiviti sukan yang lasak dan berdurasi panjang seperti bola sepak, marathon, bola keranjang, ragbi dan treking. 
Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.

Selain menitikberatkan pemakanan, anda  juga disarankan untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.

Sumber lain :








Previous
Next Post »