Resource Management System (RMS) 13 oktober 2015


BENGKEL RMS BANTU KEMASKINI DATA KEAHLIAN BSMM KEDAH

UUM ONLINE: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kedah telah menganjurkan Bengkel Resource Management System (RMS) di Makmal Komputer 3, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial (SSD) bagi membantu kemaskini data ahli BSMM.
Timbalan Pengerusi BBSM Kedah, Dato' Nasir Mustafa dalam ucapan perasmian berkata, beliau berterima kasih kepada Naib Canselor UUM dan pengurusan universiti kerana membantu BSMM menganjurkan bengkel tersebut bagi tujuan mengemaskini data keahlian.
Menurutnya, bengkel itu telah disertai lebih 40 ahli BSMM seluruh Kedah, antaranya Kubang Pasu, Kota Setar dan Kulim.
“Tidak ketinggalan wakil-wakil dari Universiti Awam seperti UUM, Universiti Teknologi Mara dan juga Institut Pengajian Tinggi Awam seperti Politeknik Mu'adzam Shah (Polimas).
“Menerusi bengkel ini, peserta dapat memahami dan mengaplikasikan teknologi atau sistem sedia ada untuk memudahkan proses mengemaskini data ahli BBSM di setiap cabang masing-masing,” katanya.
Hadir sama, Naib Pengerusi 1 BSMM Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan BSMM Kedah, Baharudin Yaacob; Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie, pensyarah merangkap Pengerusi Ehwal Belia dan Pengajian Tinggi BSMM Cawangan Kedah; Dr. Azimah Chew Abdullah pensyarah Pusat Pengurusan Perniagaan, UUM COB merangkap Pengerusi Pameran dan Teknologi Maklumat, BSMM Kedah dan wakil dari Ibu Pejabat Kebangsaan serta International Federation Red Cross










Previous
Next Post »