KURSUS INTENSIF PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN UNTUK GURU PEGAWAI BSMM NEGERI KEDAH DARULAMAN


LAPORAN BERTULIS ADA DI BAWAH GAMBAR-GAMBAR INI








 LAPORAN AKTIVITI
KURSUS INTENSIF  PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
CAWANGAN KEDAH DARUL AMAN

Tarikh :
17 FEBRUARI 2016 (RABU)

Tempat
DKG 1/1 UUM SINTOK, KEDAH

Peserta :
GURU PEGAWAI BSMM SEKOLAH (MENENGAH DAN RENDAH)
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

1
PENDAFTARAN PESERTA (8 pagi)

Pendaftaran peserta dilakukan di tiga kaunter yang disediakan. Kehadiran yang di luar jangkaan kerana penganjur meramalkan sekitar 150 orang sahaja berdasarkan maklumbalas,
Kehadiran peserta seramai 223 orang, iaitu guru sekolah rendah (107 orang), menengah (115orang) dan IPT (1 orang).
Kehadiran jurulatih, jawatankuasa dan urusetia seramai 20 orang.
Bayaran pendaftaran sebanyak RM30 seorang untuk tujuan kos salinan naskah dokumen,sijil,  jamuan, pengurusan pos dan sewaan.
Senarai nama peserta dilampirkan.

2
MAJLIS PERASMIAN (9 pagi)

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Hj Nasir bin Mustaffa, Timbalan Pengerusi BSMM Cawangan Kedah. Di samping itu, kehadiran tetamu lain, iaitu En Baharuddin bin Yaakub, Pengerusi JK Latihan dan pegawai-pegawai Cawangan Kedah.
Selain memperkenalkan barisan kepimpinan BSMM, kandungan ucapan perasmian merupakan perkongsian pengalaman beliau semasa menyertai BSMM semenjak tahun 1976, kata-kata motivasi sebagai perangsang kepada peserta untuk fokus dan meningkatkan keaktifan di dalam BSMM. Ganjaran pahala dan rahmat daripada Allah SWT kerana bertugas dengan ikhlas di samping tanggungjawab terhadap majikan dan para pelajar.

Sesi minum pagi

3
PENGURUSAN PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN AKTIVITI
(9.45 pagi)

Berdasarkan rujukan naskah dokumen yang dibekalkan, peserta diberikan cadangan pengurusan fail , panduan penggunaan dokumen pendaftaran dan borang keahlian seperti berikut :-
Borang 4 ( borang penubuhan pendaftaran pasukan sekolah  untuk sekolah belum daftar )
Borang 5 ( pendaftaran keahlian ) . Cadangan daftar untuk tempoh di sekolah berkenaan seperti tahun 4 hingga 6 ; daftar selama 3 tahun x RM 2 yuran keahlian dihantar ke Setiausaha Cabang mengikut daerah masing-masing.
Borang 6 ( rekod pendaftaran ahli )
Borang 7 ( borang perakuan dan ikrar ahli / individu )

Pakaian rasmi : cadangan pemakaian uniform no. 2  untuk majlis rasmi sekolah atau baju korporat semasa hari kokurikulum , Baju korporat boleh ditempah dengan kadar RM70 (lelaki) dan RM75 (perempuan).

Peserta diberikan maklumat untuk persediaan aktiviti mengikut takwim perancangan JK Latihan tahun 2016, senarai JK Latihan dan senarai nama jurulatih BSMM yang bersedia membantu pihak sekolah.
Penggunaan handbook no 7 berkaitan latihan. Sesi dialog dan maklumbalas juga diadakan di kalangan peserta.

BSMM Kedah juga menawarkan kursus First Aider In Every Home (FAEIH) untuk tujuan kursus dalaman kepada warga pendidikan termasuk yang bukan ahli BSMM untuk menambahkan pengetahuan pertolongan cemas dan pelengkap kursus dalaman 7 hari guru.Slot ini disampaikan oleh En Abu Bakar bin Othman dan En Zaidi bin Man.

4
SILIBUS, SLAID DAN LATIHAN

Para peserta dibekalkan slaid ceramah bertajuk Pertolongan Cemas, Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA), Pendidikan Kesihatan dan lagu karaoke BSMM. Bahan – bahan berkenaan dibekalkan melalui google drive, group gmail dan salinan ke pendrive.Bahan slaid berkenaan boleh digunakan oleh guru semasa di sekolah nanti.



Slot berkaitan silibus Pertolongan Cemas disampaikan En Karunamoorti. Sesi praktikal disampaikan oleh En Ahmad Sharani bin Abdul Seliban dan En Md Saad bin Ismail. Peserta diminta melakukan upacara pembacaan ikrar, membuat laporan kekuatan anggota, nyanyian dan demontrasi kawad statik sebelum memulakan aktiviti mingguan.

Taklimat RMS turut disampaikan oleh Dr Nor Azimah Chew Abdullah sebagai persediaan awal kepada para peserta untuk memuatnaik pendaftaran berdasarkan format ICRC dan diemailkan kepada beliau.

5
MAJLIS PENUTUPAN ( 2 petang )

Majis penutupan disampaikan oleh Tuan Hj Abu Bakar bin Ismail. Beiiau mengharapkan komitmen yang tinggi bagi memartabatkan BSMM dan membangunkan kemahiran insaniah di kalangan pelajar – pelajar yang merupakan ahli BSMM. Pengacara juga mengumumkan kutipan sumbangan daripada peserta kursus untuk SM Agama Assidiqiah Al Islamiah, Padang Kerasak, Naka, Kedah yang mengalami kebakaran sebanyak RM 1881.00. Sumbangan berkenaan dibawa oleh Tuan Hj Abu Bakar bin Ismail untuk disampaikan kepada pengetua sekolah berkenaan.
Sesi makan tengah hari

6
RUMUSAN

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai – pegawai berkenaan di Jabatan Pendidikan Kedah, pejabat – pejabat pendidikan daerah, pihak UUM, Jawatankuasa, para jurulatih dan peserta ke kursus ini.

Pihak penganjur juga memohon kemaafan di atas kekurangan yang dialami dan difahami oleh peserta, seperti sajian makanan pagi dan naskah dokumen yang tidak mencukupi kerana kehadiran di luar jangkaan. Namun pihak jawatankuasa mengambil tindakan segera iaitu membekalkan makanan tambahan sebagai ganti dan modul serta sijil penyertaan yang akan diposkan nanti.

Semoga kursus ini memberikan manfaat dan input yang diperlukan oleh pihak sekolah, khususnya guru – guru BSMM mengikut standard dan piawai yang diselaraskan oleh JK Latihan BSMM Kedah Darulaman tahun 2016.

Salam hormat, terima kasih.

ZAIDI BIN MAN ( 9w2ZDU )                                                 22 Februari 2016
Setiausaha JK Latihan
BSMM Kedah Darulaman.
p/s : Laporan ini boleh dikemaskinikan mengikut keperluan personel berkenaan.



                             
                  









Previous
Next Post »