PERSEPSI KEHIDUPAN : TEORI REBT






PERSEPSI TENTANG KEHIDUPAN
sumber : Dr Azzy Azizah UUM

Teori REBT yang dipelopori oleh Albert Ellis mengetengahkan konsep ABCDE......
A = activating event
B = belief system
C = consequences
D = dispute
E = event ( new)
A = 'peristiwa yang berlaku' bukanlah punca kepada psychological stress , tetapi
B     iaitu ' cara kita berfikir & melihat peristiwa tersebut' yang akan menghasilkan
C    kesan akhir. Peranan kaunselor ialah untuk menyangkal segala irrational belief atau
D    supaya klien dapat melihat sesuatu secara lebih rasional atau untuk menghasilkan keadaan baru atau
E.  Oleh itu seandaikan peristiwa itu menyakitkan atau mengecewakan kita, ubah cara berfikir drp 'irrational thought' kepada  ' positive thinking'...
maka kita akan dapat melihat warna-warna pelangi di kaki langit..bak pepatah Inggeris " behind every dark cloud there will be a silver/gold lining"

Contohnya...Imej dibawah..berkaitan persepsi kita terhadap sesuatu...saya hanya nampak perempuan cantik yang dibayangi oleh burung & binatang yang hanya samar2 bagi saya. Saya melihat suasana yang menceriakan diluar sana.




Begitu juga dalam Islam...bersesuaian dengan konsep ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. Allah tarik sesuatu yang tidak sesuai atau membawa mudarat pada kita kerana Allah ada perancangan yang lebih baik atau ada hadiah istimewa Allah mahu berikan pada kita. Misalnya jika kita hanya dikelilingi oleh sekumpulan individu yang bijak manipulasi, misbehave, serta maladaptive behaviour yang hanya mementingkan diri, atau seringkali memperguna dan mengambil kesempatan atas ketelusan, kejujuran, kepercayaan dan kebaikan kita , Allah lebih tahu segalanya. Lantas ditarik kita dari situasi tersebut kerana Allah mahu meletakkan kita dalam situasi yang lebih baik , sesuai dengan diri kita yang sentiasa bersangka baik pada orang lain. Namun tak semua orang seperti kita, di belakang kita mungkin penuh dengan tipu muslihat serta perancangan jahat .
Terkenang kisah Rasullullah SAW yang hampir di hempas batu di atas kepala oleh seorang lelaki yahudi yang berpura-pura baik di depan Baginda ketika berdiri disebelah tembok. Kasih sayang, Rahmat & perlindungan Allah SWT menyelamatkan Baginda Rasullullah. Begitu juga kisah Nabi Allah Yusoff A.S yang sentiasa diperdaya oleh saudara2nya sendiri hingga terbuang jauh dan berpisah drp ayahanda kesayangan sekian lamanya , namun akhirnya menjadi pembesar negara. Kesabaran dan kebergantungan kepada Allah SWT akhirnya membawa kesemua saudaranya datang mengadap kembali dalam keadaan merendah diri pada Nabi Allah Yusoff.
Oleh itu seharusnya kita sentiasa bersangka baik pd Allah SWT, kerana hanya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya. 
Sekadar perkongsian mengaitkan Teori REBT Albert Ellis, konsep persepsi serta pandangan dari perspektif Islam.

Previous
Next Post »