ROYAL LANGKAWI INTERNATIONAL BIKE FEST (RLIBF) 2017 PADA 12-14 MEI 2017 DI KOMPLEK LADA, LANGKAWI

Catatan pengalaman

Organizer: LADA 

Venue : Parking LADA 
Website : www.lada.gov.my 
Tel : 604-9600 600

The Royal Langkawi International Bike Fest is initiated to be an important major festival within the Asian region. First of its kind, The Fest will continuously to be an annual biker’s event in Langkawi. This year the show will see more bikers from Malaysia, Thailand, Indonesia and Singapore. An event that promotes awareness and aims to establish a venue for Malaysian and International riders to further interact and promote bike safety practices and professional handling of motorcycle as a sport and hobby. This programme will host almost all major bike brands & models in motorsport. It will be a platform that showcases bike accessories, new equipment, technical breakthroughs, international exhibitors, as well as a venue for international bikers to socialize and network.


https://www.lada.gov.my/en/information/events-activitie/events-2017



Penganjuran kali pertama oleh pihak LADA.
Penyertaan aku ke RLIBF melalui pendaftaran kelab GTR Utara. 
Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai grup, termasuklah grup kami DG Bikers.

atas autoexpress

Hari Pertama (12 Mei 2017), 8.30 pagi
Roro atau Auto Express yang akan membawa kami dari Kuala Perlis ke Langkawi akan berlepas jam 10 pagi. Seawal 8.30 pagi, kami semua berkumpul di hadapan Masjid Jeti Kuala Perlis. Ketua kumpulan adalah Cikgu Abd Rahim (Pegawai Kanan JPN Kedah). Sementara menunggu perlepasan, kami menikmati sarapan pagi di kedai berhampiran 
(kata rakan-rakan , harga makanan wow..meningkat).









Jam 9 pagi, 
bikers mula memenuhi ruang di Auto Express. Ketua grup bikers sibuk memberikan arahan pergerakan kepada kelab masing-masing. Perjalanan mengambil masa selamat 2 jam. 
Bikers melayan movie di aras satu dan dua yang berhawa dingin. Ada jualan makanan disediakan ; harganya oklah..sebotol air mineral RM2 dan roti bakar RM3 serta makanan ringan yang lain. Pergerakan kapal yang perlahan ini memberi peluang untuk menikmati pemandangan indah dan bikers untuk tidur . 
Bikers dari jauh telah bertolak seawal pagi ke jeti.


pintu jeti  Tanjung Lembong, Langkawi.
Semua kenderaan ke Langkawi melalui jeti ini.
kain rentang di resort.
 Inilah grup - grup kami yang dibawah GTR Utara.






Dari Jeti Tanjung Lembong, Langkawi, 
kami ke lokasi penginapan Destini Akif Villa yang terletak di Pantai Cenang. 
Sebuah bilik memuatkan 1 katil besar dan 2 katil tingkat. 
Bayaran untuk sebuah bilik untuk tempoh 2 hari berkenaan dikenakan 
RM120 seorang sahaja (bawah  promosi). 1 bilik untuk 2 orang.

Makan tengah hari dinikmati di  Rasa Warisan, sebelah penginapan sahaja 
(nasi campur dan ala-carte). 
Menunaikan solat Jumaat di Masjid Temoyong, kira-kira 2 km dari resort.

restoren sebelah resort.
3.00 petang :bersedia bergerak ke  Dataran Lang








3 petang : 
berada Dataran Lang untuk menghadiri MAJLIS PERASMIAN 
oleh YB Dato Hj Mohd Rawi Hj Abd Hamid, 
Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Dari Dataran Lang, konvoi memasuki dan mengelilingi pekan Kuah 
sebelum berpatah balik ke Dataran LADA untuk upacara perasmian.




majlis perasmian
stuntwoman


Pengerusi LADA, semasa ucapannya berhasrat menjadikan program ini 
sebagai acara tahunan dan setanding dengan Phuket Bike Week. 
Promosi ini turut sampai ke Phuket. 

Persembahan pentas oleh penyanyi Ito, Wazi Expert, 
Stuntwoman oleh Miss Iryani Shuib (pelakon adnan sempit) dan 
tatu oleh Army Red Warrior . 

Tapi tidak semua sempat aku tengok...





berkumpul dan mendaftar untuk Sijil Malaysia Book of Records.
Hari Kedua (13 Mei 2017), 10.30 pagi 
Konvoi disertai lebih 500 buah motosikal mengeliling Langkawi. 
Laluan Kuah - Ayer Hangat - Pantai Kok - Ewa - Airport -  Cenang - Lembong 
dan kembali ke LADA. 
Tempoh perjalanan selama 1 jam 15 minit. Memang best...

petang : Layan corner di Gunung Raya



9 malam :
menikmati jamuan makan malam di Halim GP (bersebelahan roundabout) airport.
Jamuan ditaja oleh Bikers Langkawi. 
Menu special kari ikan ..perghh..terbaik.










Hari Ketiga (14 Mei 2017), 6.40 pagi 
Persiapan awal untuk berada di barisan hadapan di jeti sebelum berlepas pulang. 
Breakfast disediakan oleh resort seawal 5.15 pagi. 
Memang kami paling awal , telah berada di barisan hadapan 7 pagi.

Selepas 30 minit, deruan motosikal daripada grup - grup lain memenuhi ruang. 
Perkhidmatan roro/auto ekspress disediakan untuk 9 pagi, 12 tengah hari dan 2 petang.



atas kapal



Tepat 9 pagi :
Auto Express mula berlayar. Seperti biasa penumpang akan melayani movie di aras atas yang berhawa dingin. Kos perjalanan pergi dan balik ke program ini adalah percuma, ditanggung oleh LADA. Kami perlu sediakan dokumen salinan geran motosikal dan kpengenalan. Kos biasa yang dikenakan untuk perkhidmatan ini sekitar RM360 pergi-balik.


grup kami..memang terbaikk..
11.10 pagi :
Bikers meneruskan perjalanan ke destinasi pulang.


bersama rakan sekolah SSAT, Rohaizim Yahya
(36 tahun tidak pernah bersua,
mudah kenal wajahnya tak berubah, haha..bertemu semasa majlis perasmian)
Asst Recreation Manager di MERITUS PELANGI RESORT & SPA

roomate Sofri Biker HD, tokeh stesen minyak tuu...

Madi, GTR Utara

Boss Grup Cikgu Abd Rahim

3 je wakil grup DG Bikers

Sekian, salam hormat. Jumpa lagi.
Tahniah kepada semua bikers kini ...
Tercatat dalam Malaysia Book Of Record seramai lebih kurang 
590 buah Motorsikal Berkonvoi.

sumber : 
http://pelancongan-kini.blogspot.my/2017/05/royal-langkawi-international-bike-fest.html



Previous
Next Post »