Hari ini 14 Julai 2018, bermakna musim buah yang ketiga My Dusun
Setelah sekian lama tidak berceloteh di ruangan My Dusun ini.
Tahun lepas 2017,
operasi mencantas untuk pokok yang tinggi "melayup";
maka tahun ini rasanya tidak banyak pohon yang membuahkan hasil.
Pagi ini, aku memulakan mesin rumput.
Tiba-tiba bau aroma durian...maka ternampaklah buah durian yang tidak pernah ada hasilnya sebelum ini. Bunga je yang banyak (sebelum ini, tetapi gugur hampa).
Terujalah sangat kerana first time nak rasa buahnya.
Isinya memang sedap lemak manis dan gebu gitu; tapi saiz je yang kecil.
Maklumlah pokok tua yang usia lebih 80 tahun.
Pohon lain yang masih mengeluarkan hasil...
Goreng cempedak dan kopi memang terbaiklah.. (harga semasa 3 ulas RM1 / seulas 50 sen) |
ConversionConversion EmoticonEmoticon