Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan kita kesihatan dan kudrat untuk menghadirkan diri ke jamuan bagi sesi terakhir kelas kokurikulum untuk semester 1.
We united once a week yet it is more than enough to spend quality time together and bond one another. Kami amat bersyukur kerana diberi peluang utk melibatkan diri dalam kelas kokurikulum dibawah naungan sir zaidi dan sir zaki. Keperibadian tuan tuan yang mesra dan mudah mendekati pelajar akan kami ingat sampai bila bila. Perwatakan tuan tuan yang sangat tenang dan sering mengeluarkan kata kata positif sedikit sebanyak menjentik hati kami untuk turut sama sama menjadikan ia sebagai salah satu amalan. Jujur saya cakap tidak ada satu hari pun dimana kami berasa berat hati utk menghadirkan diri ke kelas koku. Malah, kami sentiasa berasa bersemangat untuk menimba ilmu ilmu baharu yang tidak dapat kami pelajari di tempat lain. Seperti prosedur mengendalikan cpr, langkah menangani kecemasan dan teknik bermain tenis. Segala tunjuk ajar tuan akan kami ingat dan hargai sampai bila bila.
Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada kami utk bekerjasama mengendalikan pertandingan tenis bagi peringkat kolej. Terima kasih kerana memberikan sokongan yang jitu dan sering bertanyakan mengenai progres pertandingan tersebut. Tidak lupa juga kepada ahli kelas yang bersungguh sungguh menjayakan pertandingan tenis yang diadakan pada bulan yang lalu.
Segala sokongan dari segi fizikal dan mental amat saya hargai. Kami tidak mampu untuk mengendalikan ia tanpa sokongan anda. Terima kasih kepada barisan pengadil yang tidak henti memberikan komitmen walaupun diuji dengan cuaca yang tidak menentu seperti hari hujan. Terimakasih kepada barisan ahli jawatan kuasa makanan yang berusaha untuk menyiapkan minuman bagi para pemain dalam kadar segera.
Tidak lupa juga kepada semua yang turut turun memberikan sokongan. Saya faham ada segelintir individu yang amat sibuk dengan tanggungjawab masing2 namun berjaya memberikan komitmen dengan menghadirkan diri ketika ada kelapangan. Saya mewakili pihak pengerusi memohon maaf jika ada percakapan kami yang menyinggung perasaaan masing2 sama ada secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih semua atas komitmen masing2.
Akhir kata, saya mewakili semua pelajar memohon maaf sekiranya ada diantara kami yang menyinggung perasaan tuan tanpa sengaja. Kami mendoakan agar tuan tuan diberikan kesihatan dan kesejahteraan agar tuan dapat menjalankan tugas sebagai pensyarah koku seperti sediakala. Kami juga mengharapkan restu dan doa dari pihak tuan agar kami tenang menghadapi minggu peperiksaan.
Malah, kami sentiasa mendoakan agar tuan tuan diberikan umur yang panjang agar kita dapat bersama sama berkongsi kegembiraan dengan kejayaan yang kami peroleh suatu hari nanti. Tinggi harapan saya agar ikatan yang terjalin ini akan sedia kukuh dan utuh bagi esok, hari hari akan datang dan selamanya.
Sekian terimakasih.
Puteri
ConversionConversion EmoticonEmoticon