Mulanya di sini ...
melayari nukilan rasa seorang biker yang budiman
bersama paparan damai bikers KMK (9) GREAT CUB RIDERS ke Tanjung Dawai
Sekadar Perkongsian
Semata-mata, pastinya ada yang lebih berpengalaman dalam hal ini.
Kepada kawan-kawan yang berhajat
pakai motor 1000cc, tapi tak pernah bawa 250,500,600,800,1000, better
belajar-belajar ambil cc yang sesuai dengan pengalaman dulu.
Motor 1000, 1200, 1250, 1300, 1400,
1600, tak sama macam kita bawa kereta 1.6cc terus ke 3.5cc atau terus ke
6000cc.
Hanya dengan sedikit pendikit
dipulaskan, tenaga, daya kilasan, sebuah motor 1000cc amat berkuasa,
menyebabkan ramai mudah hilang kawalan.
Walaupun bukan pada corner atau
selekoh yang tajam, selekoh yang bulat dan panjang juga ramai yang tewas.
Masuk corner, keluar corner, cancel
corner, dan macam-macam lagi keperluan mengawal jentera berkuasa besar perlu
dilalui dengan keserasian dan kemampuan. Bahkan, kata kawan saya yang memang
dah lama dari cc bawah ke cc paling besar hayabusa dia, mengawal jentera besar
dengan kuasa besar ini, perlu kesihatan mental dan fizikal yang baik.
Sewaktu pecutan 0-160kmj, atau dari
110kmj - 260kmj dalam beberapa saat tu, waktu itu adrenalin melimpah ruah,
jantung mengepam laju , denyutan jantung tidak seperti kita memulas motor
Rs150r block 65 sekalipun. Ia berbeza.
Tambahan bila debaran memulas
throttle dari dalam corner untuk exit corner, di laluan yang kita tidak
familiar atau tidak biasa. Pasti yang biasa ride akan tahu debarannya. Walaupun
ada traction control, ebd, etc. penunggang tetap terdedah kepada 70%-80%
bahaya.
Begitu juga bila pendikit dipulas
atau dilepaskan sewaktu masuk corner, atau sewaktu cancel corner tarik body,
switch corner, bahkan wobble keluar corner, jantung akan mengepam dengan
denyutan yang amat tinggi. Mungkin boleh cecah 180bpm. bila denyutan dah
terlalu tinggi, darah tak sampai, boleh pitam, blackout 1-2 saat, pening, mual,
yang paling teruk, terus tangkap jantung, heart attack.
Jika tiada jam yang boleh menunjukkan
denyutan jantung, heartrate, belilah, dan monitor. Ia bukan hanya untuk
pengayuh basikal sahaja atau yang berlari sahaja.
Exercise lah untuk kesihatan yang
optimum, bagi mengawal kenderaan dengan baik. Ia amat berkait rapat.
Motor besar tak perlukan ego besar
untuk menawan jalanraya, ia memerlukan kesabaran yang besar untuk merendah
diri, mengalah, bertahan, sabar, dan mengikut pace kelajuan sendiri berdasarkan
pengalaman sendiri. Jangan ikut orang, atau mencabar diri diluar kemampuan,
melainkan sudah tahu apa nak dibuat jika berlaku apa-apa di luar
jangkaan.
Ada rakan nak beli 1000cc adventure
bike, tetapi tak pernah bawa motor. Saya sarankan dia beli 500cc dahulu, itupun
risau. Nak saran 250cc, takut dia kata tak seronok.
Tetapi motor-motor terkini, ada mode,
limitation. Untuk merendahkan kuasa, merendahkan respon pendikit, mengawal
motorsikal dengan lebih mudah. Itupun perlukan kepada ilmu dan pengalaman untuk
kawalan yang serasi dengan penunggang.
Yang pasti, kelajuan membunuh kerana
kealpaaan, keegoan, kurang sabar. Lajulah pada tempatnya dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman. Jalan yang kita tak biasa, jangan laju. Pelbagai
kemungkinan boleh terjadi.
kredit untuk Bikers KMK
PENULIS BERMULA DENGAN 250 CC |
Nikmatilah tunggangan di jalanraya dengan penuh hikmah, jika mahukan limpahan adrenalin kelajuan, pergilah ke track day, di sana, jatuh ada kawasan luas tanpa pokok, tanpa curb, tanpa ranting2, tanpa kenderaan bertentangan arah.
Sumber : Newbies yang memerhati.
02/03/2019
credit kpd penulis
ConversionConversion EmoticonEmoticon