TIPS BERJAYA INTERVIEW HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DGN BIASISWA CBBP KPM : SATU PERKONGSIAN PENSYARAH & LEPASAN MATRIKULASI





TIPS BERJAYA INTERVIEW HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DGN BIASISWA CBBP KPM

CATATAN PENGALAMAN FATNI SYUKUR  
(pensyarah cemerlang kimia DG44)



Memandangkan ramai yg menghubungi saya utk mndapat tips berjaya lulus dalam interview hlp cbbp kpm, dengan rendah hati...Saya lontarkan posting ini utk semua..
Agar ia bermanfaat dan mnjadi pedoman. Ianya strategi saya utk lulus dalam interview.
Yang kurang itu dtg daripada saya, yg lebih itu dtg daripada izin Allah swt.

.
Bismillah...
.
" I'm not wining this journey yet,  but i dare to challenge myself to get out from my comfort zone, to challenge the norm" (fatnisyukurlee)
..
Soalan saya, bagaimana anda akan dipilih oleh kpm?
.
Pada tahun 2017, sebanyak lebih 5000 permohonan utk hlp kpm, setelah disaring melalui mesyuarat dan interview hanya 100+/- berjaya lulus utk membuat Ph.D ditawarkan oleh KPM. Saya terpilih dengan izin Allah swt pd ketika itu.
.
Bagaimana anda in sha Allah dpt memastikan diri anda terpilih?
Antara merit atau kelebihan interpersonal yg kpm akan lihat?


TIP 1: NIAT KENA BETUL: 
NIAT UNTUK SISTEM PENDIDIKAN BUKAN SEMATA2 UNTUK DIRI SENDIRI.*
.
Para pendidik sebelum saya mula bagi step by step secret recipe of mine of getting hlp dgn biasiswa , 3tahun cuti belajar bergaji penuh... (alhamdulilah). Baiklah saya share niat saya apply dahulu..

 *1. NIAT* saya untuk tambah ilmu tentang bidang saya dan dgn mnambh ilmu saya blh 'tolong' sistem pendidikan . Lilahita'ala saya mmg suka mencabar diri utk mncari ilmu yg baru.... Dan seakan dimudahkan Allah swt saya berdoa beristikarah adakah saya layak atau tidak... Niat kerana mahu tmbh ilmu. Tanpa ilmu kita buta, ilmu adalah nurr, nurr itu hidayah Allah swt.... Tetapkan niat utk Allah swt.

 *2. NIAT* saya berkobar2 lebih kerana saya sudah agak JEMU dgn mentaliti pengukuran kpd prestasi yg sama dan terlalu mementingkan GRADE...
Setelah 8tahun mengajar perkara yg sama dan susah utk mengubah kurikulum.
 Setelah saya byk mmbuat action research dan terlibat dlm kik n rnd, saya rasa saya perlu KELUAR DARI COMFORT ZONE itu agar saya MENCARI SOLUSI terbaik utk saya membantu apa yg BOLEH kpd sistem pendidikan kita.

 *3. NIAT* saya mmg mahukan menghasilkan produk kurikulum dan cara pengajaran yg mantap utk mngubah paradigma pendidik. Saya terfikir, saya perlu hasilkan sesuatu iaitu satu EDUCATIONAL PRODUCT untuk saya SUMBANGKAN sesuatu.

 *4. NIAT* kerana ingin menstabilkan ekonomi keluarga. Terinspirasi dengan suami yg sudah berjaya lulus interview phd hlp 2016, saya meminta izin suami utk mohon..tiba masanya ketika 2017 ketika anak2 sudah xbergelar BAYI saya rasa saya sudah cukup bersedia mental,emosi, cognitive dan fizikal. Beza master n phd saya , 4tahun juga kira2nya. Ukur baju di badan sendiri, bukanlah mudah phd itu.. Apa org kata PERMANENT HEAD DAMAGE? i think it's true if u r perfectly imbalanced between ur personal life and study life. Yes, u gonna be so stressed n at the lowest point ... It's normal for phd.😁
.
Oleh itu rakan2,

 BULATKAN NIAT ANDA SEBELUM ANDA MENYAMBUNG STUDY..
 Jika niat semata2 utk ikut trend kawan2 or terinsiprasi dgn saya pun....
Kita kna solat dan doa pada Allah / tuhan you all 'Adakah aku mampu ya Allah, jika Kau redha dan rahmati pjlanan master/phd ini , tunjukkan aku jln yg lurus dan permudahkan segalanya"
Doa n doa..
Setiap hari kita akan nampak jawapan daripada Allah swt.
. ...........................................................................


TIP 2: PERSIAPAN MENULIS PROPOSAL.*

 *1. MASA :*
Sebaik shja kluar updates yg kita boleh menyemak status permohonan utk dipanggil interview, anda LULUS? Tahniah... Lepas itu bolehlah pulun buat PROPOSAL yg mantap tapi jgn terlalu ambitious.
Proposal anda mybe 99% anda perlu buat semula apabila sudah memulakan pengajian.

 *2.BAHASA: Boleh dalam BM dan BI.*
Bagi yg rasa dia dh byk buat action research, anda boleh recycle kajian anda tetapi buatkannya lebih HIGH IMPACT to HIGH VOLUME OF SAMPLES. Penulisan dlm BI adalah dianjurkan lebih kpd guru2 sains kerana byk terma/rujukan sains dlm BI...tetapi BM bagus juga, senang nk ulas ketika sesi interview.
Yg penting, gunakan bahasa yg anda yakin utk MENULIS DAN BERCAKAP.
Saya dulu? Saya recycle proposal SEDEC method saya dulu dan saya olah merangkumi populasi yg besar...
Saya buat BM tetapi, semasa interview you should mix your language , as you need to make the panel Impressed with you with your dual languange capability.

 *2. FORMAT penulisan proposal:*
FORMAT ikut yg kpm bagi, dia akan bagi di website if sesiapa yg dah berjaya ke panggilan interview.
Table and figure boleh digunakan.
Banyakkan table dan figure juga agar menjadi elemen tarikan propodal anda.

 *3. Significant: DON'T TOO AMBITIOUS! 😂* 🇲🇾 Janganlah fikir nk selesaikan masalah negara... Kita kena berfikir atau letakkan diri sbgai RESEARCHER bukan sebagai guru/pensyarah atau pegawai policy makers yg nak selesaikan masalah negara.
 Cari research gap yg senang dan relevan dengan konteks pengajaran terkini.
Cari masalah utama yg berlaku dalam bidang anda pohon...
Dan terbukti kajian itu belum WUJUD dalam konteks anda.

 *4. CONTEXTUALIZE*
Research proposal anda perlu menepati bidang yg ditawarkan oleh KPM.
Cth:
Kurikulum?
Proposal anda perlu dibuat utk kajian meningkatkan keberkesanan kurikulum
Pengajaran?
Proposal adalah berkaitan intervention terbaru utk masalah2 topik subjek anda.

 *5. RESEARCH PROBLEM*
Isu yg memang xada lagi kajian atau kurang dibuat dalam konteks pengajaran anda. Cth, malaysia masih kurang research dlm gamification, augmented reality, green chemistry, steam :integration of arts in stem education etc.


 TIP 3. INTERVIEW SKILLS

Phd: Anda akan ditemuduga seorang2 sahaja bersama  2 panel doctorate. 
Master: Anda mungkin ditemuduga bersama2 4 orang rakan yang lain.

 *1. FAHAM DAN HAFAL ISI KANDUNGAN PROPOSAL.*
Anda buat proposal anda sendiri bukan?
In sha Allah, kita akan faham dan boleh menjelaskan dengan baik setiap satu yg penting ttg kajian kita.
.
Panel tidak membenarkan saya untuk merujuk proposal saya, dan saya perlu menerangkan proposal saya dalam masa lebih kurang 30minit...
.
Oleh itu, adalah baik utk anda memahami dengan tepat kajian anda dan terangkan dengan ayat yg padat tetapi ringkas.
.
 *2.ISI PENTING RESEARCH PROPOSAL YG PERLU* DITERANGKAN KETIKA INTERVIEW?
1. Background of ur study
2. Problem statement
3. Research design
4. Contribution.
.
Terangkan secara ringkas tetapi padat kpd panel temuduga.

 *3. OUTSTANDING STATEMENT*
Cari ayat yg power untuk menegaskan research anda adalah sangat penting!!!
Tanpa research phd atau master anda, kpm akan tetap xbkembang..
Tanpa research anda guru2,pensyarah2 akan tetap sama seperti 20tahun yg lepas.
.
Cth dalam interview saya. 
Saya tegaskan tentang kurikulum bidang research saya tidak berubah dalam 18tahun penubuhannya. 
Panel sangat terkasima apabila saya melontarkan "ugly truth" bidang yg ingin saya kaji.
.
Selain itu killer qs yg mungkin ditanya
1. Mengapa kajian anda sangat penting ?
2. Apakah isu utama dalam sistem pendidikan global dan local?
3. Isu2 plagiarism
4. Mengapa anda layak untuk diberi biasiswa brbanding orang lain?
5. Berikan sebab kenapa anda bersedia untuk mengikuti Ph.D atau master?
.
Jika anda diprovokasi?
Jangan melawan. .Tetapi terangkan justifikasi
Terima kelemahan dengan mengatakan "SAYA AKAN MENGUBAHNYA KELAK DALAM PROPOSAL DI PERINGKAT PENGAJIAN SEBENAR KELAK.
.
Dan jika panel bertanya...
Ada beberapa soalan yg lain?
JANGAN TANYA TENTANG JUMLAH WANG BIASISWA etc, jangan tunjuk kita seakan materialistik.
.
Jika saya dahulu saya tidak btanyakan soalan... Saya hanya memberi keyakinan thdp panel yg saya layak diberi biasiswa kpm hlp kerana....... (gunakan kelebihan diri sendiri). Selitkan sendiri life wisdom yg ada  .. Cthnya.... Pasal astronaut neil amstrong,pyramid gaza, etc.
 .
 *4. BAHASA  INTERVIEW : BM OR BI*
Jika proposal anda adalah BM.. Cakap bahasa Melayu.
Jika proposal anda adalah BI.. Sudah tentulah bercakap bahasa
.
Saya ketika ditemuduga, panel memulakan dengan berbhasa melayu...
Panel penemuduga saya adalah dua orang doctorate dari IAB.
Dan saya juga menggunakan BM
Namun, xsalah untuk menjadi lain daripada yg lain..
Selitkan sedikit BI dalam bcakap ..
Kerana pelajar phd or master harus baik dalam kedua2 bahasa.
Tunjukkan multiple skills yg anda ada.
.
Nak orang pilih kita dari berjuta2 yg mmbuat permohonan, kita kna tunjukkan kelebihan kita dalam keadaan smart, tetapi jangan terlaku over confident

 *5. FLOW OF INTERVIEW, DOKUMEN INTERVIEW DAN BAHASA BADAN, POSTUR BADAN, PAKAIAN, RIAK MUKA KETIKA SESI INTERVIEW:*
Seperti biasa, interview ini bukan untuk mndapat kerja, Interview ini adalah untuk mrndapat biasiswa hlp dan cuti belajar bergaji penuh di bawah kpm.
.
Flow:
1. Masuk ke dalam bilik., letakkan proposal dan resume anda.
2. Panel akan suruh mmperkenalkan diri.
3. Present proposal anda.
4. Soalan daripada panel.
5. Penutup.
The end.
.
Dokumen yg perlu dibawa
1. Proposal 3 salinan, selalunya utk phd kita akan masuk seorang sahaja. 2 panel, 3 proposal utk anda, 2 lagi utk panel.
2. Resume: berikan resume yg padat ttg pencapaian anda. Walaupun kpm xminta, saya bagi juga resume kerana inilah satu "selling factor" untuk meyakinkan panel... " I'M THE ONE"
3. Carta ringkas ttg proposal kajian anda.
Resume dan carta ringkas adalah bahan tambahan, jika ada masa buat.
.
Postur badan, pakaian, riak muka dan gaya bahasa interview:
Rasanya tidak perlu saya perincikan, boleh buat rujukan semula di youtube.
Namun, pesan saya, jadilah diri sendiri. Jangan terlalu menghafal skrip.
Baju yg sesuai adalah baju formal bersama name tag.
.
Make up, jgn terlalu tebal, jangan terlalu pucat. Cukup utk memastikan muka anda kelihatan segar wpun mungkin sehari sebelum itu anda tidak tidur hehe.
.
Saya? Saya pakai one suit lengkap, itulah strategi untuk memastikan kita nampak presentable dan outstanding berbanding yg lain.
.
6. CARI POTENTIAL SUPERVISORS DAN UNIVERSITI TERLEBIH DAHULU.
Anda boleh mengirim email kpd potential supervisors yg berkaitan dengan bidang anda.
.
Tunjukkan email dan terma2 syarat2 kemasukan universiti itu kpd panel penemuduga.
Ini adalah bonus kerana ianya akan meyakinkan panel2 yang anda SANGAT BERSEDIA DAN BERMINAT untuk menyambung pelajaran.
............................................................................

 TIP 4: DOA DAN DOA 

Terakhir sekali, saya nasihatkan banyakkan berdoa kpd Allah swt dan banyakkan solat hajat.
.
Jika dapat, tahniah dan alhamdulilah. Maksudnya Allah swt mengizinkan anda bercuti 3tahun (phd) dan 2tahun (master), dan belajar untuk meningkatkan sistem pendidikan dan ilmu di diri anda.
.
Jika gagal?
Jangan risau, jangan frust. Cuba lagi tahu hadapan, tawaran hlp ini setiap tahun dibuka. Yang penting jangan give up.
..
Selamat maju jaya....
Ingatlah, perjalanan phd atau master ini xdiukur pada sejauh mana tahap kepandaian anda. Tetapi ia diukur ttg kesediaan mental,emosi dan disiplin diri tentang mengimbangi antara aspek kognitif dan kemahiran lain.
Jika anda diterima dan lulus, persediaan emosi dan rohani harus ditingkatkan dahulu.
.
Siapa yg malas dan lambat, dia akan hanyut dalam 2-3tahun tempoh pngajian ini.
.
Saya doakan semua lulus. Doakan saya lulus dlm pengajian pada 2020 tahun hadapan.
In sha Allah.
.
Ikhlas,

Fatni Syukur,
HLP CBBP, Ph.D 2017-2020.



Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Amy A.
admin
April 11, 2022 at 12:21 PM ×

i'll be attending d interview for HLP PHD dis 26.4.2022...doakan dpmudahkan urusan n bjaya like u ya😁

Reply
avatar
Unknown
admin
April 13, 2022 at 8:12 AM ×

berapa lama tempoh interview dengan tarikh sambung belajar?cth kalau iview bln 4..dpt sambung agak2 bulan brp?

Reply
avatar