TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU DARULIMAN : Destinasi riadah sepagi pada 13 Oktober 2020

 

Destinasi kali ini daku akan membawa kalian ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Kebetulan berada di sini kerana urusan keluarga dan kebetulan cuti. 
9 pagi 13 oktober 2020, setelah menikmati sarapan nasi dagang kat gerai di Kg Losong (tak nak rokemen..biasa je rasanya). 

Daku terus ke Taman Tamadun Islam (TTI) tidak jauh daripada muzium KT. Jom kita tengok apa yang ada kini...

pintu gerbang masuk ke TTI


Monumen yang dapat dilihat di laluan masuk


Dataran parkir yang luas


Monumen seterusnya..


Kadar harga untuk pengunjung



Alamak...Taman Monumen tutup pada setiap Selasa.
Ingat naa...selasa tutup.





Pusat konvensyen




Lokasi untuk dilawati.




Bas ini akan membawa masuk pengunjung dari luar
(ada jadual pergerakan bas)



Penginapan untuk pengunjung (sewaan)





Tambahan gerai yang sedang dibina


Kemudahan berbasikal untuk lawat sekitar TTI




Lokasi paling popular Masjid Kristal











river cruise 





binaan baharu yang juga popular





Info tambahan boleh melawat ke laman ini ya..



Sebetulnya,daku berada di Kuala Terengganu kerana menziarahi dan menjaga mertua ku yang terlantar di Hospital KT kerana kemalangan jalanraya pada 22 sept 2020 lepas.
Kebetulan tika pagi itu, giliran puan isteri, maka peluang ini digunakan untuk menziarahi Taman Tamadun Islam ini.


Penggunaan aplikasi OYO membawa daku menginap di sini (promosi RM38 je). Memang murah tahap gaban la..

Luas juga biliknya dan keadaan sekitar yang agak sunyi lenggang...sebenarnya hotel ini terletak hampir 100 meter je dengan Muzium Negeri Terengganu. 

Pandangan hadapan hotel.



Di dalam tempoh penjagaan mertua, keluarga kami bergilir menjaga dan menginap di chalet ini (hadapannya Pantai Batu Buruk..yg popular di KT) dan bersebelahan Hospital KT.

Info Pantai Batu Buruk ( sudi rujuk )


Inilah rupa chalet ni (RM70/hari) full house sokmo.
Kabin yang di dalamnya ada katil king dan bilik air. 


Inilah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Ayah mertua berada di mulai 23 sept hingga 13 Okt 2020.


Belakang chalet ini ada tempat makan.


Menu special nasi kukus ayam berempah dan 
masak lemak ikan patin.


Kuala Terengganu yang kutinggalkan...
Mertua ku dipindahkan ke Hospital Jerteh 
(dekat la dengan rumahnya).

Semoga mertuaku segera sembuh seperti sediakala
dan Kuala Terengganu kekal cantik


Previous
Next Post »