SAM 24 I SUKAN ASASI MALAYSIA 2024 PADA 1-3 MAC 2024 DI UUM SINTOK, KEDAH

 KMK MENANG BERGAYA DI SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM 2024)

Kolej Matrikulasi Kedah telah mewakili Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) dengan menyertai 9 acara olahraga di Sukan Asasi Malaysia (SAM 2024) yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.







Seramai 1,244 atlet daripada 15 kontinjen telah menyertai acara sukan dan olahraga. KMK telah menghantar seramai 21 atlet dan 4 pegawai ke SAM 2024 .

KMK hanya menyertai 9 acara olahraga balapan , iaitu 1500m, 200m, 400m, 4x100 dan 4 x 400 meter sahaja.




KMK telah berjaya membawa pulang 1 emas (4X100 m wanita) ,
2 perak (200m dan 4x400 m wanita) dan
1 gangsa (200 m lelaki) di samping
semua acara berkenaan mara ke peringkat akhir.


Majlis penutupan SAM 2024 telah diserikan dengan kehadiran dua artis terkenal
iaitu Akim dan Arra Johari menghiburkan peserta.







Tahniah dan syabas untuk atlet KMK
Penulis terlibat sebagai Pengurus






Previous
Next Post »