Jelajah KE PULAU TUBA, LANGKAWI, KEDAH Perkisahan 22 DIS 2017


Assalam dan salam sejahtera...
Kali ini saya akan ceritakan pengalaman ke Pulau Tuba, Langkawi, Kedah.
Langkawi takyah ceritalah...semua dah tau lokasi yang menarik dan 
telahpun diceritakan di dalam blog sebelum ini.


Pulau Tuba salah satu destinasi yang mulai mendapat sambutan di kalangan pelancong di dalam dan luar negara. Ia juga lokasi pengambaran filem tempatan seperti Langit Cinta (80% pengambaran di situ).



Ok, saya ceritakan secara ringkas perjalanan ke P Tuba.


Hari pertama :
Perjalanan ke Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa 45-60 minit dengan menaiki feri dengan tambang RM18 sehala/ seorang.
Parking kenderaan boleh dilakukan di jeti kuala perlis , banyak tempat parking berbumbung dan tidak. Biasanya sekitar RM10-RM15 sehari. Kalau ada yang kenal atau bukan musim cuti memang boleh dapat dengan kadar lebih rendah.


Tiba di Jeti Kuah, Langkawi..
Kalian boleh berjalan kaki sejauh 50 meter di kiri bangunan jeti ke Pantai Marble.


Lokasi pengkalan Pantai Marble. 
Penantian sesuatu penyiksaan...
Kami  perlu menanti untuk menaiki bot ke Pulau Tuba. 
Kalau penumpang cukup , biasanya 12 orang bot baru bertolak.
Tambang RM5 seorang / sehala.
Perkhidmatan bot masih diuruskan secara individu.
Seelok-eloknya, ada jadual perjalanan ke Pulau Tuba supaya penumpang boleh merancang pergerakan.

Menurut penduduk di situ, biasanya perjalanan sebelum jam 11 pagi lebih kerap 
berbanding ketika tengah hari.
Bot paling awal jam 6 pagi kerana penduduk Pulau Tuba berulang alik ke Kuah.
Bot terakhir jam 7.00 petang. Ketika malam tiada perkhidmatan bot, kalau ada kecemasan ada perkhidmatan helikopter, katanya.

Boleh tunggu sambil menikmati juadah, ada gerai di situ.


Naik bot yang depan...yang belakang tu feri.

Suasana di dalam bot...tidak ramai orang. Bulan ini musim timur, ombak agak kuat; boleh tahan juga gelombangnya. Penduduk yang biasa berulang-alik kelihatan tenang dan biasa-biasa je.. 
Lebih kurang 15 minit, kami tiba di Pulau Tuba.
Inilah resort yang kami tempah  daripada rakan yang ada di P Tuba, iaitu
En Mail (anak tempatan) yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan sewaan kenderaan di pulau ini.

Tuba Beach Resort, Langkawi.
Kami dibawa oleh En Mail ke dari jeti..sekitar 2km 

Mentari terbenam di jeti yang menganjur ke resort.
Petang tu..kami pun ronda-rondalah dengan motosikal..
Motosikal boleh disewa dengan kadar RM20-30 sehari.
Bekalan petrol tiada masalah kerana setiap kedai ada dijual dengan petrol.
Basikal pun boleh disewa..







Jom kita ronda - ronda...

SK Pulau Tuba.

Riadah petang di kalangan belia 

gerai / kedai makan memang ada...tiada masalah untuk makan

selain resort kami...ada juga resort ini (bekas pemain bola sepak Kedah ini)




menjelang 5 petang, air laut mulai surut.
Angin memang la agak kuat dan nyaman..best.
Resort ini ada kolam..kedalaman aras 1.6 meter hingga ke kanak-kanak.
Boleh nikmati angin pandai di buaian...tidur nyenyak tu..





Aktiviti ketika air surut, penduduk mencari umbai dijadikan umpan mengail.
Kena guna alat seperti cangkul, kerana umbai tu laju bergerak..




.



aliran air sungai masuk ke laut...

Malam menjelang.....

juadah makan malam.
Resort boleh sediakan ikut pakej A / B
Ini pakej A..RM60. Oklah tu...3 orang makan



Tiada sangat aktiviti tika malam...layan angin pantai je...
mata dah layu...letih ronda dan mandi kolam tadi..
zzzzzzzz...


Hari Kedua

Keesokkan harinya..
Breakfast disediakan...nasi goreng, sandwich dan roti bakar serta teh tarik..
Namun begitu, berhampiran resort ini ada kedai yang menjual nasi lemak beserta lauk pauk..
memang ramai pengunjung (lokasi berhadapan dengan Balai Polis P Tuba) memang sedap dan 
murah kot (ayam / ikan seketul rasanya RM2 je)..


Jom kita ronda lagi...

Ada perumahan yang tersusun dan terancang...



Kami bermotosikal ke laluan ke arah Pulau Dayang Bunting 
(ada jambatan yang menghubungkan P Tuba ke sana melalui Kg Selat)



Sekolah rendah dan menengah



kawasan jeti nelayan

Inilah jambatan yang menghubungkan ke P Dayang Bunting
(kami belum bercadang bermotosikal  ke sana) kot tak sempat.
Cadangan nak check out jam 10 pagi.



cantikkan kediaman ini!


Ini business card..terbalik la pula..
ok, telengkan kepala..haha

Promo sikit tentang resort kami menginap..
Ada 3 kategori rumah..
Pakej harga yang berbeza terendah RM150 - RM220 dan saiz katil yang berbeza.






Ok. 10.30 pagi..
kami dibawa oleh En Mail ke Jeti P Tuba dan menanti untuk ke Kuah..





Ramai yang nak ke  Kuah..tidak perlu tunggu lamalah...
Alhamdulillah...selamat tiba di Jeti Pantai Marble, Kuah.
Kami terus ke Kuah...sehingga itu je untuk kali ini.

Individu yang boleh anda hubungi untuk ke Pulau Tuba
EN MAIL (0105252041)
memang frendly...boleh tanya aktiviti lain di Tuba seperti candat sotong, mengail dll
(kami ke sana tika musim angin kuat...laut gelombang maka pilihlah bulan yang sesuai).

Semoga pengkisahan ini memberikan manfaat untuk kita.
Ok bai...





Previous
Next Post »