PANDUAN AWAL MENUNGGANG KUDA (5 JANUARI 2018)

 Assalam dan salam sejahtera,
Kali ini saya ingin berbicara berkaitan panduan menunggang kuda berdasarkan pengalaman sendiri dengan panduan jurulatih.


Lokasi tempat latihan di Kg Bayas, Perik, Kedah . 
Lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jitra dan 15 minit dari Kuala Nerang.


Jurulatih yang membantu (Cikgu Ali, GB sekolah) yang memberikan panduan kepada bakal penungang baru seperti penulis.

Panduan umum : 
berdiri di sisi kuda - ada alas untuk berdiri - 
memijak kaki kiri pada tempat bergayut di sisi kuda - duduk di atas kuda - 
memegang tali dengan kedua - dua belah tangan - 
jarak gengaman tadi atas dan sisi selebar gengaman tangan - 
dan duduk dengan seimbang.



memegang tali
 


Bagi  mengerakkan kuda perlu menendangkan lembut ke perut kuda dengan kedua-dua belah kaki.
membelok ke kiri, tarik sebelah kiri dan ke kanan sebaliknya.
Jangan biarkan kuda tunduk (nanti ia berhenti untuk makan rumput)..tak jadi berjalan.
semasa menunggang perlu bersembang dengan kuda..
twinkle (nama kuda)
"walk...go...good...i love you..twinkle...dll
baru kuda akan aktif bergerak (psiko la pula)
semasa menunggang badan perlu tegak dan memandang ke hadapan.
Tunggangan kali pertama...Jurulatih akan membantu membawa

 

Mari kita berkenalan dengan kuda -  kuda yang ada di sini..


Luna..kuda untuk sukan polo (RM30K) kot..
Mulanya..sombong dan  jual mahal...
telinga kuda adalah isyarat tentang emosinya..
kalau telinga ke belakang..tengah mood tidak suka / marah tu..
     
Jenny...kuda terbesar untuk lumba...
awas ia suka menggigit dan sombong pulak..
Mengandung 4 bulan.

Kay Vi..kuat membising

Teja

Hero...sering kawan baik dengan Teja

Moonlight..kuda padi yang paling jinak, esp  dengan kanak-kanak
Inilah Twinkle...sahabat untuk penunggang baru.


Lokasi nyaman di kelilingi lembah dan bukit.

selepas ni...ingin menungang Luna.

Penulis bersama rakan DG Bikers..
(Cikgu Zaini, Bang Leh JPN dan Cikgu Ali / Jurulatih)

Seronok menungang kuda...selepas ini akan hadir lagi sebagai peminat setia.
Keakraban dengan kuda mendatangkan keseronokan yang berbeza kucing, arnab dan lain-lain.
Jangan lupa bawa...karot..kuda sangat suka.

Ok. Bai..


RUJUKAN TAMBAHAN :

http://turanggakuda.blogspot.my/2015/06/tubuh-dan-gerakan-kuda.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda

http://animhosnan.blogspot.my/2017/08/tahi-ayam-baja-organik.html




Previous
Next Post »