teks ucapan majlis penutupan program anak angkat 2014

TEKS UCAPAN
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MATRIKULASI BERSAMA MASYARAKAT 2014
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
OLEH PENGARAH KMK

Tarikh
:
11 Oktober 2014  ( Sabtu  )
Masa
:
10.30 pagi
 Tempat
:
Dewan Felda Batu 8


Bil
Isi
Huraian
1
Alhamdulillah
Alhamdulillah, telah berlalu 3 hari 2 malam, pelajar KMK berkampung bersama keluarga angkat. Pasti banyak pengalaman manis sebagai bekalan untuk balik KMK.

Perkara dan pengalaman baru
Saya berkeyakinan, sepanjang program ini berjalan, pelajar bersama-sama ibu dan bapa angkat, pastinya sudah banyak perkara baru yang telah dipelajari, banyak pengalaman yang telah ditempuhi dan pelbagai cara hidup baru turut diterokai.

2
Sukaneka
Lebih 14 acara
Difahamkan didedahkan dengan pengalaman baru …
Basah lokoih…sambil aktiviti tentang nyiur saja…kukur nyiur, boling buah nyiur, lari tempurung nyiur, mengail ikan dll

2
Pemimpin spt dato sham sebagai idola
Tokoh utama menjayakan program ini, segi duit kupang, tenaga, buah fikiran. Juga pengerusi JKKK yg sgt aktif membantu.
Pepatah ada mengatakan, “Hendak belajar berenang dapatkan itik; hendak belajar memanjat dapatkan tupai”.

Dalam erti kata lain, melalui pengalaman ini jadikanlah pemimpin berwibawa sebagai idola atau model contoh dalam menuju ke arah kecemerlangan.

3
Pengalaman akan mematangkan pemikiran
Saya berharap agar pengalaman yang telah dikutip tidak akan dipersia-siakan sebaliknya dimanfaatkan segala yang telah dipelajari, dialami dan diperoleh sebaik mungkin. Hasilnya, pemikiran kita akan lebih terbuka, mempunyai sikap toleransi yang tinggi, berusaha untuk saling memahami serta menghormati walaupun terdapat perbezaan amalan, kepercayaan, identiti dan juga nilai kehidupan.

4
Pelajar perlu mengenang budi dan jasa
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Para pelajar sekalian perlu menjadi insan yang tahu mengenang budi, juga tahu menghargai jasa.
Hari ini, keluarga angkat telah berbudi dan berjasa kepada para pelajar sekalian. Justeru, sewajarnya budi dan jasa mereka dihargai dengan cara mengamalkan apa yang telah dipelajari, apa yang baik dijadikan panduan, ikutan dan teladan dan sekiranya terdapat jua rasa terkilan, lebih baik diketepikan. 

5
Kongsikan pengalaman dengan rakan lain di KMK
Saya amat berharap agar segala ilmu dan pengalaman yang dilalui oleh pelajar turut dikongsi bersama-sama rakan pelajar lain. Khabarkanlah kepada rakan-rakan betapa indahnya kenangan apabila kita berkongsi perbezaan. Yakinkan mereka bahawa disebalik perbezaan wujud persamaan.

6
Kekalkan jalinan supaya tidak terputus
Pesanan saya buat keluarga angkat dan pelajar sekalian, agar jalinan yang wujud usah dibiarkan berlalu begitu sahaja. Teruskan hubungan ini sampai bila-bila. Jejaki anak angkat yang berada dihadapan saya ini bagi memastikan para pelajar mampu menjadi pemimpin yang akan membawa obor 1Malaysia dalam mentadbir negara pada masa akan datang.

7
Penghargaan dan terima kasih
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato  , Dato Shamsuddin, pemimpin – pemimpin masyarakat  dan semua penduduk kampung di atas setiap bantuan dan sokongan serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Tanpa sokongan dan kerjasama yang harmonis ini sudah pastinya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.



Previous
Next Post »