CONTOH KERTAS KERJA / KERTAS CADANGAN



 PERMOHONAN KELULUSAN KERTAS KERJA



NAMA PROGRAM
MATRIKULASI BERSAMA MASYARAKAT 2014 (MBM)
TARIKH PROGRAM DILAKSANAKAN
11-13 SEPT 2014
SUKUAN 1

SUKUAN 2

SUKUAN 3

SUKUAN 4

JENIS KERTAS KERJA
* SILA TANDAKAN  √   BAGI
   YANG BERKENAAN
PELAJAR
STAF

AKTIVITI DALAMAN

AKTIVITI LUARAN
DISEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :
KETUA UNIT / KETUA JK KHAS

DISOKONG  OLEH :
KETUA JABATAN

ULASAN JK PENILAIAN
KERTAS KERJA

PERUNTUKAN
YANG
DILULUSKAN
OS 21000 ( T&T )

OS 24000 ( SEWAAN )

 OS 27000 (BEKALAN)

OS 29000 ( JAMUAN & ELAUN CERAMAH )

OS 42000 ( AKTIVITI PELAJAR )

PERUNTUKAN BAS KOLEJ

AKAUN AMANAH

DILULUSKAN OLEH :
PENGARAH / TIM. PENGARAH

TARIKH :






KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



KERTAS CADANGAN


MATRIKULASI BERSAMA MASYARAKAT

KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
TAHUN 2014



TEMPAT

Felda Batu 8, Changlun, Kedah.


TARIKH

11 - 13 September 2014




UNTUK PERHATIAN

 PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH


KERTAS KERJA PROGRAM MATRIKULASI BERSAMA MASYARAKAT
KOLEJ  MATRIKULASI KEDAH 2014 / 2015


1. Tujuan
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengadakan Matrikulasi Bersama Masyarakat sesi  2014 / 2015. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang telah dirancang dan ditakwimkan oleh Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Kedah dalam takwim  2014.

2. Latar Belakang
Sebagai manusia, kita perlu tolong-menolong antara satu sama lain. Justeru itu, kami sebagai Jawatan Kuasa Kelas Kokurikulum akan mengadakan satu program amal yang membuka peluang kepada pelajar untuk beramal.

Program ini diharapkan memberi peluang kepada pelajar matrikulasi untuk mendapatkan gambaran secara terus berkaitan prospek kerjaya yang boleh dijanakan, khususnya yang berkaitan dengan jurusan perakaunan.

Semoga dengan adanya program ini, kesedaran tentang sikap untuk beramal dan menerokai maklumat dapat dipupuk dalam kalangan warga Kolej Matrikulasi Kedah (KMK). 

3. Jusfikasi
3.1   Mengeratkan silaturrahim di antara pelajar KMK dengan masyarakat luar, khususnya mempromosikan matrikulasi sebagai destinasi popular.
3.2   Menimba dan mendapatkan maklumat secara terus berkaitan potensi dan prospek kerjaya pada masa depan.
3.3   Mendedahkan program matrikulasi kepada masyarakat agar menarik lebih ramai pelajar mengikuti program matrikulasi
3.4   Menyediakan alternatif  kepada warga kolej dalam memberikan bantuan dan khidmat sosial kepada masyarakat.

4. Implikasi
      
4.1       Cadangan Tempat
Aktiviti ini akan diadakan di Felda Batu 8, Changlun, Kedah.

4.2       Cadangan Tarikh
            Aktiviti ini akan berlangsung pada 11 - 13 September 2014  ( Khamis hingga Sabtu )

4.3       Jawatankuasa Pengelola

            Penaung                                               :           Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah
                                                                                   
Penasihat                                             :           Timbalan Pengarah KMK
                                                                         Pengurus Felda Batu 8
 Ketua – ketua Jabatan

            Penyelaras                                            :           ( KU Kokurikulum )
            Pengerusi                                             :           
            Naib Pengerusi                                      :           
            Setiausaha                                            :           
            Urusetia                                                           
                                                                                     
            Bendahari                                             :          
           
Ahli – ahli Jawatankuasa :
Latihan Psikoakademik  / Psikososial      :          
Buku Program / Sukaneka                      :           
            Khidmat Sosial / Gotong-royong             :           
Forum / Kerohanian                               :         

Majlis Perasmian Penutupan                  :                           
Kebajikan / Kecemasan                         :         

Penginapan /  Makanan                         :           
Pengangkutan                                       :         
Peralatan/  Logistik                                :         
Dokumentasi / Laporan Penilaian           :          
                                   
4.4       Cadangan Peserta                                            140 orang
Pegawai / Pensyarah dan staf  KMK       :            20 orang
Peserta   / Pelajar  KMK                         :           120  orang
                   
4.5       Anggaran perbelanjaan

BIL
PERKARA
KOS SEUNIT
JUMLAH (RM)
1
Makanan dan penginapan
( 120 orang pelajar  )
RM 20 x  2 hari x 120  orang
4,800.00
2
Pengangkutan Bas ( pergi dan balik)
2 bas KMK

3
Jamuan semasa majlis perasmian
RM 5 x 120 orang
600.00
4
Bayaran Penceramah / Forum
RM 240 x 1 orang
240.00
JUMLAH
5,640.00

5. Jadual Aktiviti
Seperti di lampiran

6. Kesimpulan
Diharapkan para pelajar dan warga kolej mendapat manfaat dan kesedaran terhadap pentingnya sikap tolong-menolong sesama insan.

7. Kelulusan Yang Dipohon
Berdasarkan cadangan yang dinyatakan di atas, adalah menjadi harapan kami agar Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya.

.

JADUAL PROGRAM MATRIKULASI BERSAMA MASYARAKAT ( PROJEK ANAK ANGKAT 2014 )
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DI PERKAMPUNGAN SEKITAR FELDA BATU 8, CHANGLUN , KEDAH DARUL AMAN


Tarikh / Hari
5.30
9.00
10.00
10.30
1.00
2.00
4.00
5.00
6.30
9.00 –
10.30
KHAMIS
9 OKT  2014



SLOT 1
Bertolak ke lokasi/ Taklimat Keselamatan /
raptai
SLOT 2
MAJLIS PERASMIAN oleh
YAB MENTERI BESAR KEDAH
(DEWAN FELDA)
Pengurusan diri / Solat
SLOT 3
Bersama pelajar :
Sekolah Rendah dan Menengah
Motivasi pengajian di matrikulasi
(DEWAN FELDA)

Minum petang / Pengurusan diri dan Solat
Makan malam, Pengurusan diri dan Solat
SLOT 4
7.30 ptg:
Bacaan Yassin
Tazkirah
 (IKUT KG)
JUMAAT
10 OKT  2014
Pengurusan diri / Solat subuh
Sarapan pagi  / aktiviti bersama keluarga angkat
SLOT 5
GOTONG-ROYONG
(IKUT KG)
Minum pagi
SLOT 6
GOTONG - ROYONG
(IKUT KG)
SLOT 7
SUKANEKA SUASANA DESA BERSAMA MASYARAKAT

(KG BELUKAR)
SLOT 8
PERSEMBAHAN DAN KEBUDAYAAN SETEMPAT

(DEWAN FELDA)
SABTU
11 OKT  2014
SLOT 9
Aktiviti Bersama Keluarga Angkat
(IKUT KG)
SLOT 10
MAJLIS PENUTUPAN
oleh
YB AHLI PARLIMEN K PASU
(DEWAN FELDA)
SLOT 11
1.00 petang :  PERJALANAN PULANG



Previous
Next Post »