MINGGU KE-2 (KOKURIKULUM) : TEORI KECERGASAN
Susunan : zaidiman@blogspot.com
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN
KESIHATAN
·
Melibatkan aspek fisiologi dan
psikologi tertentu dalam membantu melindungi kita dari masalah kesihatan
seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan masalah mentalemosi.
·
Kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan boleh dilihat dari segi daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,
komposisi tubuh badan, kelunturan dan fleksibiliti, dan kekuatan otot.
Daya Tahan Kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular ialah
keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang
bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.
Fenomena ini berlaku dalam jangka
masa yang lama dan secara berterusan. Kita boleh meningkatkan keberkesanan
sistem ini dengan melakukan aktiviti fizikal.
Sistem kardiovaskular terdiri
daripada:
(a) Jantung
Mengepam darah melalui sistem
peredaran pulmonari dan sistemik.
(b) Paru-paru
Membekalkan oksigen ke dalam darah
dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.
(c) Rangkaian Arteri dan Vena
Rangkaian arteri membawa darah dari
jantung ke seluruh tubuh, manakala vena membawa darah dari seluruh tubuh balik
ke jantung. Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara
berterusan sewaktu seseorang melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Daya
tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profil fisiologi
manusia dan ianya melibatkan daya tahan aerobik dan anaerobik.
Daya Tahan Otot
Terdapat tiga komponen kecergasan
yang berkait terus dengan otot, iaitu daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa
otot. Daya tahan otot adalah keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot
melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang.
Daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan
daya tahan otot dinamik.
·
Daya tahan otot statik ialah
kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang tetap
atau pegun.
·
Daya tahan otot dinamik ialah
kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang bergerak atau
berulang alik.
Daya tahan otot diukur daripada penguncupan
otot yang bekerja berulang-ulang mengatasi rintangan di dalam satu
jangka masa yang lama. Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan daya tahan
otot ialah bangkit tubi, tekan tubi dan burpee.
Komposisi Tubuh Badan
Endomorf ialah bentuk tubuh badan
yang gempal kerana banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan
angkat berat, membaling tukul besi dan gusti.
Mesomorf pula mempunyai badan yang
berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang menarik. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan lari
jarak dekat dan acara lompatan
Ektomorf mempunyai bentuk tubuh
badan yang kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan
kulitnya. Bentuk tubuh badan jenis ini
sesuai untuk ahli sukan pelari jarak jauh, merentas desa dan bola keranjang
Obesiti atau kegemukan adalah masalah kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat
terutama kanakkanak. Masalah ini ada kaitannya dengan komponen komposisi tubuh
badan.
Bersenam secara kerap dan memakan
makanan seimbang boleh mengatasi masalah kegemukan.
Kelenturan dan Fleksibiliti
Kelenturan
adalah keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan yang kemas
dalam pergerakan yang maksimum. Kelenturan merujuk kepada keupayaan sesuatu
sendi badan boleh digunakan sejauh mungkin. Hasil pergerakan itu pula
ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon dan ligamen.
Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan kelenturan ialah pergerakan kalistenik
regangan.
Kekuatan Otot
Kekuatan otot
didefinisikan sebagai kebolehan sesuatu otot atau sekumpulan otot-otot untuk
mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Mempunyai kekuatan otot
yang tinggi membolehkan individu melakukan aktiviti kehidupan harian dengan
lebih berkualiti.
Kekuatan otot ialah kemampuan otot
mengatasi beban atau rintangan yang berat.
Contohnya, angkat berat, ujian
lompat jauh berdiri, lompat sarjan dan lain-lain.
Kekuatan otot amat penting untuk
mencapai prestasi tinggi dalam aktiviti sukan dengan memberi sumbangan terhadap
kuasa untuk melakukan sesuatu tugas. Kekuatan otot juga perlu dalam aktiviti
harian untuk berjalan, berlari, mengangkat barang dan lain-lain lagi
ConversionConversion EmoticonEmoticon