NVOG : RIDE SANTAI MAKAN TENGAH HARI IKAN BAUNG TASIK PEDU PADA 27 JANUARI 2018


Berpeluang Interaksi Bersama Keluarga NVOG

Papan Tanda Panduan Ke Restoren
(Lokasi - lokasi menarik yang lain di Daerah Sik)
Bikers  NVOG yang berkesempatan hadir
MENU SPECIAL 
IKAN BAUNG MASAK LEMAK CILI API, TILAPIA 3 RASA,
TILAPIA GORENG DLL
 





Penulis bersama En Fazrul  (NVOG)

PENULIS BERSAMA OTAI (CIKGU HALIM YANG TURUT HADIR)

Perihal empangan berkenaan...
Sistem takungan empangan merangkumi tiga kolam takungan iaitu Kolam Takungan Muda, Pedu dan Ahning. Empangan Muda dan Pedu dibina dalam tahun 1969 di bawah Skim Rancangan Pengairan Muda bertujuan untuk memberi air pengairan ke Kawasan Muda seluas 96,000 ha. bagi membolehkan tanaman padi dua kali setahun dijalankan. Manakala Empangan Ahning dibina pada tahun 1989 oleh Jabatan Kerja Raya dengan tujuan utama untuk pembekalan air domestik dan industri.
Pada tahun 1991 Empangan Ahning telah diserahkan kepada MADA bagi menjalankan kerja-kerja operasi dan penyenggaraan disebabkan oleh air dari Empangan Pedu dan Ahning akan mengalir ke satu saluran sungai hantaran yang sama untuk sampai ke ‘Pelubang Bifurcation’ di mana air akan diagihkan ke Wilayah I dan II melalui Terusan Utara dan ke Wilayah III dan IV melalui Terusan Tengah dan Selatan.
Memandangkan Empangan Muda mempunyai kawasan tadahan yang luas (984 km2) dan takungan yang rendah (160 juta m3) maka air dari Empangan Muda dialirkan ke Empangan Pedu yang m empunyai takungan yang tinggi (1073 juta m3) melalui Terowong Siong sepanjang 6.8 km untuk takungan dan perlepasan. Air untuk tujuan pengairan ke Kawasan Muda dilepaskan melalui Empangan Pedu dan Ahning.
Pengendalian dan penyenggaraan Empangan Pedu, Muda dan Ahning adalah di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air.
Gambar - gambar di bawah adalah lokasi menarik yang terdapat di Empangan Muda, lokasi terletaknya restoren berkenan.


Bot - bot nelayan di jeti berkenaan
Depan restoren berkenaan




Semoga bertemu kesempatan yang lain..
Previous
Next Post »