REHLAH JEJAK DURIAN KE SEMPENEH, BATU KURAU, PERAK PADA 12-13 JAN 2018


Kawasan Batu Kurau acapkali menjadi sebutan sebagai antara lokasi yang mempunyai buah durian yang sedap. Apatah lagi pada bulan ini, tempat - tempat lain di Malaysia sudah tiada lagi musim durian.

Maka program ini dirancangkan untuk membawa famili yang berkesempatan dan berkelapangan ke Sempeneh Riverfront Chalet, Batu Kurau, Perak.



Hari Pertama
Melalui bantuan En Waze, kami tiba di lokasi pada jam 4 petang.

Mendaftar masuk.
Bilik VIP (RM130) dan biasa (RM90)

Bilik yang di aras satu  VIP (2 unit)  dan rendah (biasa) berbelas juga.
Beza bilik VIP ada TV dan lebih luas.
Aktiviti pertama adalah mandi-manda.
Arus sungai yang deras dan kedinginan air mengamit 
untuk berendam (bukan berenang) lebih lama.


Air mengalir deras ke Lata Sempeneh.

Aktiviti Kedua adalah makan durian la..
Banyak sungguh durian yang ditempah daripada orang kampung.
Pelbagai rasa dan aneka bentuk....punya la banyak..
makan petang....durian
makan malam....masih durian
sarapan pagi esoknya....ada lagi durian
(beruntungkan peminat tegar durian ini)

Selain itu disediakan pulut, santan, meehun dll 
sebagai makanan tambahan.
Tapi, penulis layan durian je...oohh...









Aktiviti Ketiga BBQ Kambing, Ayam, Jagung , Sosej Dan Ubi Kayu
6 petang...bara api mula dihidupkan.
Daging yang telah diperapkan mulai mengisi jaring pemangang


aksi spontan..keriuhan anak-anak pasti menyeronokkan..



Hujan renyai dan suasana dingin hutan lipur Sempeneh tidak sangat terasa sejuknya..
bahang panas durian mengimbangkan suhu badan...



Aktiviti Keempat Makan - makan & Sembang-sembang
Di samping menikmati keenakkan kambing dan lain-lain
suasana riuh sembang-sembang dengan pelbagai stesen riuhnya.







Menjelang lewat malam..masing-masing pulang ke sarang...zzzzz

Hari Kedua

Aktiviti Kelima : Bersiar - siar / joging 
Mentari pagi terasa malas memperlihatkan sinarnya...jesteru kabus pagi menyelubungi kedaerahan Sempeneh. Namun, sudah ada rakan dan famili yang telah keluar bersiar-siar dan merayau di kawasan sekitar.

Lata Sempeneh..
Chalet ini terletak berhampiran Lata Sempeneh. Lata ini merupakan lokasi kunjungi orang ramai untuk bermandi manda. Terdapat rumah kedai dan wakaf untuk disewa. Lata ini terletak berhampiran perkampungan dan dijagai dengan sempurna dan bersih.


Ini chalet yang kami diami..kelihatan seperti kabin.
Asas pembinaan yang mudah...rangka besi, zink dan plywood.
11.00 pagi
Kami telah bersiap sedia untuk daftar keluar.



Lokasi Batu Kurau akan didatangi lagi untuk terus nikmati keenakkan duriannya.
Terbaik...
Si cilik pengemar durian dan kuat bersukan lari...

Ok, selamat tinggal Batu Kurau.
Terima kasih sahabat  dan famili yang menyertai program ini.
Kita jumpa di lokasi lain nanti.
Jumpa lagi.




Previous
Next Post »