PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI : TATACARA PENGURUSAN MESYUARAT


Image result for watak mesyuarat


CADANGAN MODUL
TATACARA PENGURUSAN MESYUARAT
Masa : 60 minit
1.   Agihkan kepada 3 kumpulan ( 2 + 9 + baki ). Kumpulan berperanan     sebagai pengendali mesyuarat, ahli mesyuarat dan juri pemerhati.

2.   Pengerusi mesyuarat yang dilantik dan Setiausaha (yang dilantik oleh   Pengerusi ) diasingkan daripada kumpulan ini.

3.   Pilih watak – watak yang sesuai (tanpa pengetahuan pengerusi           mesyuarat)

4.   Tajuk mesyuarat oleh Pengerusi Mesyuarat (hanya pengerusi yang tahu)  . Pengerusi tentukan tajuk atau pilihan di bawah :-


Penduduk kampung anda ramai yang obesiti dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Sebagai pengerusi mesyuarat anda perlu mengendalikan mesyuarat berkaitan punca dan langkah menanganinya.

5.   Setiap ahli mesyuarat perlu memainkan peranan sebaik mungkin.

6.   Mesyuarat dijalankan.

7.   Selepas mesyuarat , fasilitator akan mengemukakan soalan :
(a)  Kumpulan pengerusi : individu di dalam mesyuarat yang disukai dan   tidak disukai. Mengapa ? Perasaan anda?
(b) Kumpulan juri : meneka watak individu di dalam mesyuarat      berkenaan. Menyokong dan membawa masalah di dalam mesyuarat.   Mengapa ?
(c) Kumpulan ahli mesyuarat : kesesuaian dan perasaan anda semasa membawa watak berkenaan. Cadangan untuk pengendali mesyuarat.

8.   Penerapan nilai berdasarkan aktiviti berkenaan daripada peserta dan   fasilitator.

9.   Sesi berikutnya : Perlantikan Jawatankuasa di dalam kelas. Pemilihan  berdasarkan demokrasi dan undian adalah rahsia. Perlantikan SPR (2  peserta).

10. Perbengkelan : peranan jawatankuasa untuk penganjuran program pilihan. Peserta secara berpasangan menyediakan peta minda. Salah seorang sebagai pencatat.

11. Pembentangan dan Soaljawab :  Pasangan (bukan pencatat) akan               membuat pembentangan . Selepas pembentangan, pencatat  akan            bertanyakan soalan kuiz kepada mana-mana peserta yang mendengar 
     (supaya pelajar lain akan lebih fokus semasa pembentangan).

12. Penilaian dan refleksi daripada fasilitator.

13. Bacaan tambahan berkaitan tatacara pengurusan mesyuarat.


BAHAN BACAAN 1
MESYUARAT
Mesyuarat ialah sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.
Mesyuarat yang sah harus dihadiri dengan sebilangan ahli pertubuhan berkenaan seperti mana diperuntukan dalam tataurusan persatuannya yang berkenaan. Pada lazimnya, kebanyakan pertubuhan akan menentukan kehadiran dua pertiga daripada ahlinya sebagai kuorum untuk mengesahkan mesyuarat.
Mesyuarat yang gagal mencapai kehadiran ahlinya sebagaimana ditentukan oleh tataurusan persatuan, dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang mewakili pertubuhan berkenaan.
CIRI-CIRI MESYUARAT
Mesyuarat bukan sekadar perbincangan, sebaliknya ia merupakan perbincangan yang memiliki ciri-ciri seperti di bawah:
  • Mesyuarat harus diadakan dan dikawal oleh seorang pengerusi. Lazimnya, pengerusi mesyuarat pada masa yang sama merupakan pengerusi dalam sesuatu pertubuhan.
  • Semua orang yang harus menghadiri mesyuarat akan dijemput oleh seorang setiausaha. Pada lazimnya, bagi mesyuarat yang penting, notis mesyuarat akan dihantar kepada mereka yang terlibat dua minggu sebelum mesyuarat diadakan.
  • Semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat harus dicatat secara hitam putih oleh setiausaha.
  • Mesyuarat harus dijalankan menurut tatacara mesyuarat.
TATACARA MESYUARAT
Sebagai satu bentuk komunikasi yang formal, mesyuarat mempunyai tatacaranya yang tertentu. Setiap pertubuhan mempunyai tatacara mesyuaratnya yang tersendiri, tetapi pada umumnya, tatacara mesyuarat adalah seperti di bawah:
PERINGKAT PRA-MESYUARAT
  1. Perancangan: Pengerusi merupakan orang yang merancang mesyuarat. Beliau akan menentukan apa yang harus dibincangkan dalam mesyuarat, tarikh, masa dan tempat mesyuarat diadakan.
  2. Pengumuman: Selepas peracangan mesyuarat telah siap maka pengumuman akan disiarkan kepada mereka yang terlibat. Pada lazimnya, pengumuman ini akan dilakukan melalui notis yang mengandungi butiran mengenai, tempat, masa dan tarikh mesyuarat, serta agenda mesyuarat(perkara yang akan dibincangkan).
  3. Persediaan: Selepas menerima notis, ahli terlibat harus bersedia untuk mesyuarat. Mereka harus menyediakan semua dokumen yang diperlukan dan memikirkan apa yang harus dikemukan .

PERINGKAT DALAM MESYUARAT
  1. Permulaan: Mesyuarat boleh bermula sekiranya masa yang ditetapkan sudah sampai dan kehadiran ahli sudah mencapai bilangan yang ditetapkan oleh peraturan yang ditetapkan dalam sebuah institusi (biasanya 2/3 daripada jumlah ahli). Sekiranya, ahli yang hadir tidak cukup semasa waktu mesyuarat sudah sampai, pengerusi boleh menangguhkan mesyuarat untuk setengah jam. Sekirannya masih tidak sampai, maka mesyuarat terpaksa dibatalkan.
  2. Pembukaan: Mesyuarat akan dimulakan oleh pengucapan pengerusi. Pengerusi akan mengenalkan tujuan mesyuarat kepada ahlinya.
  3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas: Minit mengenai mesyuarat yang ditulis oleh setiausaha harus disemak dan disahkan oleh ahli sebelum ahli mesyuarat membincangkan perkara lain. Ini adalah kerana minit mesyuarat ini mewakili apa yang dibincangkan oleh ahli pada mesyuarat yang lepas dan ini adalah tanggung jawab mereka untuk mengesahkan kebenaran minit mesyuarat ini.
  4. Perbincangan menurut Agenda: Agenda merupakan tajuk yang menjadi topik perbincangan dalam sesuatu mesyuarat. Ahli mesyuarat harus berbincang dengan menuruti agenda yang ditentukan oleh pengerusi. Pada peringkat ini, pengundian akan dilakukan sekiranya keputusan perlu dibuat dalam sesuatu pertubuhan.
  5. Pembangkitan Perkara Berbangkit: Perkara berbangkit ialah tajuk perbincangan di luar agenda yang dibangkitkan semasa mesyuarat dijalankan. Ahli mesyuarat akan diberi peluang untuk membangkitkan perkara berbangkit selepas melalui ke semua agenda. Perkara berbangkit ini akan diterima sekiranya tidak menerima bantahan daripada pengerusi dan juga ahli-ahli yang lain.
  6. Penutup: Mesyuarat boleh ditamatkan oleh pengerusi sekirannya kesemua perkara harus dibincangan telah dibincangkan, ataupun apabila pengerusi berasa bahawa meneruskan mesyuarat itu tidak akan mendatangkan hasil. Bagi menutup mesyuarat itu, pengerusi mungkin berkata, "Dengan ini, saya menangguhkan mesyuarat dengan rasminya"
BAHAN BACAAN 2
Panduan Pengurusan Mesyuarat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1991
3 peringkat tindakan:
1.      PRA MESYUARAT
Tentukan agenda, tarikh dan tempat mesyuarat
Buat tempahan bilik mesyuarat
Tentukan kertas kerja berkaitan disediakan
Hantar surat jemputan

Tindakan Pra Mesyuarat
Persediaan kemudahan bilik mesyuarat
Tentukan kehadiran
Perbincangan pra mesyuarat
Beritahu ahli-ahli mesyuarat tentang etiket mesyuarat

2.     TINDAKAN SEMASA MESYUARAT
Catatan minit mesyuarat
Senarai kehadiran
Perkara penting yang dibincangkan
Keputusan yang dibuat
Tindakan susulan yang perlu diambil

3.     TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT
Penyediaan minit
Format minit mesyuarat
Susunan nama ahli-ahli mesyuarat
Catatan perbincangan
Pengesanan maklumbalas pelaksanaan keputusan mesyuarat
Laporan maklumbalas oleh urusetia
Tentukan format maklumbalas
Sediakan laporan maklumbalas

FORMAT MINIT MESYUARAT
Perutusan Pengerusi
Pengesahan minit mesyuarat
Perkara-perkara berbangkit
Perbincangan Kertas Kerja atau
Perkara yang dibincangkan
Hal-hal lain
Penutup

Perutusan Pengerusi
Perkara penting bangkitkan oleh Pengerusi samada semasa membincangkan perkara berbangkit atau Kertas kerja atau di akhir mesyuarat

Pengesahan Minit Mesyuarat
Catatan minit mesyuarat yang lepas
Disahkan tanpa sebarang pindaan atau  Disahkan tertakluk kepada pindaan dengan menyatakan pindaan

Perkara-perkara Berbangkit
Catatan perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat yang lepas
tajuk perkara berbangkit
muka surat
perenggan minit mesyuarat
pihak yang dipertanggungjawabkan mengambil tindakan

Perbincangan Kertas Kerja
Perkara yang perlu dicatatkan
Tajuk kertas kerja
Pihak (jabatan/unit) yang sediakan kertas kerja

Isu-isu yang dibangkitkan
Pandangan ahli mesyuarat ke atas isu
Keputusan mesyuarat dan tindakan

Hal-hal Lain
Merekod perkara lain yang tiada di dalam agenda mesyuarat
Penutup
Merekodkan
Bila mesyuarat tamat atau ditangguhkan
Ucapan terima kasih daripada Pengerusi Mesyuarat
Catatan tarikh mesyuarat akan datang (sekiranya telah ditetapkan)

Selamat bermesyuarat : zaidiman.blogspot.com


Previous
Next Post »