SONGSONG ISLAND KEDAH : TEAM BUILDING UKK KMK DI PULAU SONGSONG, YANG , KEDAH PADA 16 JULAI 2019*




Destinasi kali ini, penulis mengajak pembaca meneroka salah sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Kedah. Pulau Langkawi memang dah popular sangat. 

Penulis bawa ke pulau - pulau lain di dalam negeri Kedah.
Sebelum ini, penulis telah menjelajah ..
Pulau Tuba...sudi rujuk
Pulau Payar
JETI SUNGAI UDANG, YAN, KEDAH


Songsong sebenarnya merupakan sebuah pulau yang indah dan mempunyai pesisir pantai yang cantik serta jauh dari hiruk-pikuk pembangunan atau manusia.
Ia terletak di Yan, Kedah dan pulau ini sebenarnya memiliki cerita dan warisan sejarahnya yang tersendiri apabila dikatakan pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul untuk merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam.


Pulau Songsong tiada mempunyai kedai makan. Pengunjung perlu membawa bekalan makanan sendiri. Makanan boleh dibeli dari Pekan Yan yang berhampiran. Jeti Sungai Udang ada juga kedai runcit dan kedai makan. Sampah-sarap perlu dibawa balik ke jeti untuk dibuangkan. Bersedia dengan plastik sampah.



Inilah bot yang membawa kami. Boleh muat sekitar 10 orang. 
Kadar sewaan bot : RM350* ( 10 orang ).
Biasanya pada hari Jumaat dan Sabtu ramai pengunjung (cuti umum )



Jika ingin ke Pulau Songsong, pelancong perlu menaiki bot dari beberapa jeti yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti di Jeti Sungai Yan, Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang dan Jeti Tanjung Dawai.
Perjalanan dari kesemua jeti itu mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja, kecuali Jeti Tanjung Dawai yang agak jauh.

Bagaimanapun, untuk masuk ke Pulau Songsong ini pelancong perlu menempah lebih awal kerana perjalanan ke pulau tersebut bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air pasang-surut.

Tiada seorang pun penduduk yang mendiami Pulau Songsong dan ia juga tidak mempunyai sebarang resort untuk pelancong bercuti ke sana.

AKTIVITI -AKTIVITI  YANG BOLEH DIJALANKAN 

Berkhemah 




Sukan Pantai



Terapi Pasir
  



Berpukat : 
Para nelayan menggunakan pulau ini sebagai lokasi membetulkan pukat sebagai 
Industri perikanan kecil


Mandi-Manda 



BBQ 


Berkelah bersama famili


Snorkeling



Memancing 


KEMUDAHAN - KEMUDAHAN DI PULAU SONGSONG

Tapak perkhemahan



Surau (1) dan Tandas L & W (4) air laut


Telaga air payau ( 2 unit ) 


Pantai yang bersih dan panorama menarik

  







SEKITAR PROGRAM TEAM BUILDING DAN 
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH










   


Johan Istana Pasir
(konsep kesan sejarah)




Namun bagi peminat pulau dan alam semulajadi, Pulau Songsong dianggap sebagai ‘permata yang tersembunyi’ dan berkunjung ke sana merupakan suatu pengalaman berharga yang menakjubkan.

Salam hormat. Terima kasih.

Rujukan tambahan berkaitan sejarah :



Lokasi tempat makan pilihan
menu best...char koeteow udang lipan

Previous
Next Post »