KESELAMATAN SUKAN

 Keselamatan dalam sukan merangkumi pelbagai aspek sama ada persediaan fizikal mahupun persediaan alatan. Persediaan fizikal meliputi aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. Manakala persediaan dari segi alatan pula adalah sperti kesesuaian pakaian, alatan sukan dan peraturan pertandingan atau latihan. Ramai dikalangan atlit mengalami kecederaan kerana mengabaikan perkara-perkara berikut. Jadi, sebagai langkah bagi mengelakkan kecederaan maka aspek keselamatan perluah diutamakan sebelum, semasa dan selepas latihan, pertandingan. Perincian keselamatan dalam sukan adalah seperti berikut :
PAKAIAN
Pakaian dalam sukan haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah sesuai dengan iklim negara kita kerana ia menyerap peluh. Ini akan mengelakkan peningkatan suhu yang mendadak. Pakaian yang terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan ia akan menjejaskan kesihatan dan prestasi atlit.
PERALATAN BERSUKAN
Peralatan mestilah bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu untuk keselesaan bersukan malahan akan dapat meningkatkan motivasi individu tersebut untuk terus terlibat dalam sukan. Sebagai contoh, pelajar sekolah rendah yang ingin bermain tenis perlulah menggunakan riket yang bersesuaian dengan saiz dan berat mereka supaya ia tidak menjejaskan tahap peningkatan prestasinya dalam sukan tenis. Jadi tidak dapat dinafikan lagi kesesuaian peralatan bersukan amat penting agar ia dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan prestasi seseorang atlit.
PERALATAN KESELAMATAN
Semua atlit atau pemain mestilah menggunakan peralatan keselamatan untuk mengelak dari berlakunya kecederaan. Kebanyakan alatan keselamatan adalah mengikut kesesuaian pemakainya. Sukan-sukan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan seperti hoki, ragbi, taekwondo dan bola sepak mempunyai alatan sinpad, abdominal guard, head gear dan sarung tangan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu.
PERALATAN PERTANDINGAN
Penganjur pertanding umur haruslah mengutamakan keselamatan terutamanya dalam menyediakan peraturan sesuatu pertandingan. Peraturan-peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh badan-badan sukan wajib dipatuhi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Seharusnya penganjur sesuatu kejohanan atau pertandingan merujuk peraturan yang telah disediakan dan diedarkan kepada semua yang terlibat sebagai panduan.

PADANG DAN GELANGGANG
Kawasan permainan atau latihan seperti padang dan gelanggang haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan penggunanya. Sebagai contoh padang ragbi yang tidak rata dan berlubang-lubang boleh mencederakan pemain seperti terseliuh dan tersadung. Ini akan menjejaskan prestasi pemain dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka. Jadi padang dan gelanggang mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta alatan yang berada di sana juga turut dalam keadaan yang baik agar ia dapat digunakan sepenuhnya.


BACAAN TAMBAHAN
SUMBER http://hamdenbakar.blogspot.com/2012/12/keselamatan-di-kawasan-sekolah.html

KESELAMATAN DI KAWASAN SEKOLAH


PENGENALAN

Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik mandi, tandas, padang dan dapur.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

1.0              PROSEDUR KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH

Prosedur keselamatan adalah proses yang digunakan sebagai panduan seseorang individu atau kumpulan individu dalam mencegah atau mengelakkan sesuatu kemalangan yang boleh mengundang bahaya dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial berlaku. Di sini akan dibincangkan tatacara penggunaan am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru bagi empat tempat di kawasan sekolah iaitu stor sukan, kantin, dewan sekolah dan bilik komputer.

Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh semua warga sekolah bagi memastikan persekitaran sesebuah tempat memberi keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa gangguan daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara penggunaan tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur keselamatan berjalan dengan lancar.

2.0       STOR SUKAN

Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.

2.1       TATACARA PENGGUNAAN AM

2.1.1    Rekod Keluar Masuk

ü  Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku.

2.1.2    Peralatan Disimpan Di Tempat Khas

ü  Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu,        tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.

 2.1.3    Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian

ü  Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.

2.1.4    Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan

ü  Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.

2.1.5    Dilupuskan Mengikut Prosedur

ü 
Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan peralatan berlaku dalam stor sukan.


2.2       TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1    Kebenaran Memasuki Stor Sukan

ü  Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut.


2.2.2    Laporan Kerosakan

ü  Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan.


2.2.3    Pengembalian Peralatan Sukan

ü  Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.


2.3       TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1    Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

ü  Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan semua peralatan sukan yang digunakan.


2.3.2    Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan

ü  Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam keadaan

                  yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di samping itu, guru       

                   juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang dikembalikan dalam keadaan     

                   seperti sedia kala serta bersih.


2.3.3    Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya

ü  Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri bahaya. Selain itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.



2.3.4    Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan

ü  Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta peralatan yang perlu diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status peralatan sama ada boleh digunakan atau dilupuskan.


2.3.5    Guru Berkelayakan

ü  Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan dan bertauliah dalam mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan urusan sukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.


3.0       KANTIN

Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah bagi mendapatkan keperluan makanan semasa berada di sekolah. Kantin juga adalah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan murid-murid sewaktu rehat bagi mendapatkan makanan dan minuman yang diingini untuk mengalas perut yang lapar. Andai pengurusan prosedur keselamatan di kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak risiko yang akan berlaku. Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan penggunaan kantin kepada semua warga sekolah.


3.1       TATACARA PENGGUNAAN AM

3.1.1    Kebenaran Masa Berada Di Kawasan Kantin Sekolah

ü  Murid perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat iaitu pada pukul 1000 hingga 1020 sahaja. Namun bagi staf sekolah, waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan tidak menganggu jadual bertugas masing-masing.


3.1.2    Kebersihan Kantin Sekolah

ü  Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan kantin sekolah dijaga dengan bersih dan bebas dari sampah sarap. Selain daripada itu, kantin sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan tikus ).


3.1.3    Keselamatan Di Kantin Sekolah

ü  Murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya apabila keadaan lantai yang licin terutamanya selepas hujan turun.

3.1.4    Makanan Terlarang

ü  Pengusaha kantin dilarang menjual sebarang makanan TIDAK HALAL dan murid bukan Islam juga dilarang membawa dan makan sebarang makanan TIDAK HALAL di dalam kantin.


3.1.5    Laporan Kemalangan Dan Pergaduhan

ü  Pengawas atau guru yang bertugas hendaklah dimaklumkan apabila terjadi sebarang kemalangan dan pergaduhan berlaku di dalam kantin.


3.2       TATACARA PENGGUNAAN MURID

3.2.1    Beratur Sewaktu Membeli Makanan

ü  Murid-murid sentiasa beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut giliran sewaktu hendak membeli makanan.

ü  Dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri sewaktu membeli makanan, mendapatkan tempat duduk dan balik ke kelas masing-masing.


3.2.2    Kebersihan Menjadi Keutamaan

ü  Sentiasa menjaga kebersihan tempat makan ( meja ) dalam keadaan bersih.

ü  Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan di tempat yang disediakan.

ü  Dilarang membuang sampah di merata tempat.

ü  Membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.


3.3.3    Larangan Sewaktu Berada Di Dalam Kantin

ü  Dilarang makan dan minum sambil berjalan atau berdiri.

ü  Dilarang membawa makanan dan minuman keluar dari kantin.

ü  Jangan meludah di kawasan kantin.

ü  Jangan bergaduh sewaktu membeli makanan dan minuman.

ü  Jangan membuat bising dan bercakap-cakap sewaktu sedang menikmati hidangan makanan.





3.3       TATACARA PENGGUNAAN GURU

3.3.1    Pengawasan Tingkah Laku Murid

ü  Guru perlu mengawas tingkah laku murid semasa beratur dan bergerak sewaktu membeli makanan dan minuman. Ini bagi mendidik murid-murid berdisiplin tinggi dan menjadikan urusan pembelian makanan dan minuman berjalan dengan selesa.


3.3.2    Memastikan Makanan Dan Minuman Yang Dijual Menepati Piawai

ü  Guru perlu memastikan makanan dan minuman yang disediakan dan dijual oleh pihak kantin adalah tidak melanggar peraturan-peraturan makanan 1985 dan menepati piawai kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


3.3.3    Kebersihan Dan Keselamatan Kantin

ü  Guru perlu memastikan kebersihan dan keselamatan di dalam kantin telah memenuhi piawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

ü  Guru memastikan makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat untuk dimakan.

ü  Guru memastikan semua kemudahan kantin seperti tempat menyediakan, mempamerkan atau menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan kemas.

ü  Memastikan tiada staf yang akan merokok di dalam kantin sekolah.


4.0       DEWAN SEKOLAH

Dewan sekolah adalah sebuah tempat yang luas dan dapat menempatkan jumlah murid yang ramai pada satu-satu masa bagi tujuan perhimpunan, mengadakan sesuatu majlis seperti majlis penyampaian sijil dan hadiah serta majlis sambutan perayaan serta boleh juga digunakan untuk latihan atau pertandingan permainan seperti ping pong dan badminton. Bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan berlaku, tatacara dalam dewan perlu digubal sebagai panduan manual kegunaan murid, guru dan warga sekolah.






4.1       TATACARA PENGGUNAAN AM

4.1.1    Ciri-ciri Keselamatan Di Dewan Sekolah

ü  Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah sentiasa diselenggara setiap masa secara berkala. Ini penting untuk memastikan peralatan tersebut dalam keadaan yang baik semasa hendak digunakan.

4.1.2    Permainan Yang Dilarang Dijalankan Di Dewan Sekolah

ü  Permainan-permainan seperti hoki, bola sepak, bola tampar dan sepak takraw tidak dibenarkan diadakan dalam dewan sekolah disebabkan faktor ruang yang tidak mengizinkan penggunaannya.


4.1.3    Kebersihan Di Dewan Sekolah

ü  Kebersihan adalah tanggungjawab semua.

ü  Sentiasa memastikan dewan sekolah dalam keadaan yang bersih daripada sebarang sampah sarap.

ü  Jangan meludah merata-rata tempat.


4.1.4    Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

ü  Menyediakan buku catatan penggunaan dewan untuk sesuatu aktiviti.


4.2       TATACARA PENGGUNAAN MURID

4.2.1    Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

ü  Murid-murid tidak dibenarkan berada di dewan pada waktu malam sama ada untuk latihan tarian, nyanyian atau permainan badminton dan ping pong kecuali dengan pengawasan dan kebenaran seorang guru.


4.2.2    Kebersihan Dewan Sekolah

ü  Dilarang membuang sampah sarap di merata tempat.

ü  Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

ü  Jangan meludah sebarangan di kawasan dewan sekolah.


4.2.3    Laporan Kerosakan

ü  Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru andai ada sebarang kerosakan yang berlaku pada kelengkapan dewan.

ü   

4.2.4    Pemindahan Dan Pengeluaran Kelengkapan Dalam Dewan Sekolah

ü  Murid-murid dilarang memindahkan dan mengeluarkan mana-mana kelengkapan dan barang yang berada dalam dewan tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.


4.2.5    Sentiasa Mematuhi Semua Peraturan Dalam Dewan Sekolah

ü  Jangan berlari dan membuat bising sewaktu perhimpunan diadakan.

ü  Sentiasa berbaris dan tidak berebut-rebut apabila masuk atau keluar dari dewan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.

ü  Tidak menconteng dinding dan permukaan peralatan yang terdapat di dalam dewan.

ü  Tidak merosakkan peralatan dengan sengaja.



4.3       TATACARA PENGGUNAAN GURU

4.3.1    Merekod Aktiviti Yang Dijalankan

ü  Guru perlu merekod masa dan aktiviti yang dijalankan di dalam dewan sekolah di dalam buku catatan yang telah disediakan.


4.3.2    Peka Dan Bertanggungjawab Dengan Kemudahan Yang Ada Dalam Dewan

ü  Guru harus memastikan keadaan fizikal dewan sekolah selamat digunakan untuk aktiviti yang telah dirancang.

ü  Guru harus memastikan ciri-ciri keselamatan diutamakan sebelum aktiviti dijalankan.

ü  Guru harus memastikan kipas dan lampu hendaklah dipadam selepas aktiviti dijalankan.


4.3.3    Tugas Pengawasan Keselamatan Murid

ü  Setiap aktiviti yang dijalankan perlu sentiasa diawasi oleh guru bagi memastikan keselamatan murid terjamin sepanjang aktiviti dijalankan.








5.0       BILIK KOMPUTER

Bilik komputer merupakan sebuah bilik yang menyimpan banyak perkakas yang berasaskan elektrik seperti komputer, pelbagai suis, penyambung wayar, soket dan pelbagai wayar. Ciri-ciri keselamatan amat ditekankan bagi memastikan tiada kemalangan yang tidak diingini akan berlaku. Beberapa tatacara penggunaan bilik komputer telah dilaksanakan dari sudut secara am, murid dan guru bagi mempertingkatkan disiplin pengguna apabila berada di dalam bilik komputer.  


5.1       TATACARA PENGGUNAAN AM

5.1.1    Keselamatan Bilik Komputer

ü  Memastikan semua tingkap dan pintu bilik komputer hendaklah dipasang dengan jeriji bagi mengelakkan sebarang kecurian dan pencerobohan berlaku.


5.1.2    Keselamatan Peralatan Dan Perisian

ü  Sebarang peralatan dan perisian tidak dibenarkan dibawa masuk dan keluar kecuali dibenarkan oleh guru. Ini bagi mengelakkan agar sistem komputer terlindung daripada virus-virus pada masa kini.


5.1.3    Merekodkan Penggunaan Bilik Komputer

ü  Buku catatan hendaklah disediakan bagi memastikan semua aktiviti dan tempoh masa yang digunakan dalam bilik komputer direkod. Ini bagi memudahkan membuat sebarang laporan andai terdapat sesuatu kejadian idak diingini.













5.2       TATACARA PENGGUNAAN MURID

5.2.1    Kebenaran Menggunakan Bilik Komputer

ü  Semua murid dibenarkan masuk ke bilik komputer dengan kebenaran dan pengawasan guru.


5.2.2    Benda-benda Yang Dilarang Dibawa Masuk Ke Dalam Bilik Komputer

ü  Semua beg hendaklah ditinggalkan atau diletakkan di rak yang berada di luar bilik komputer.

ü  Semua jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik komputer.

ü  Objek tajam juga dilarang dibawa masuk.

ü  Kasut dan selipar hendaklah ditanggalkan sebelum masuk ke dalam bilik komputer.


5.2.3    Mencatat Kehadiran

ü  Semua murid perlu mencatatkan kehadiran mereka di dalam buku caatan yang telah disediakan di setiap meja komputer.


5.2.4    Laporan Yang Perlu Dibuat

ü  Murid perlu melaporkan sebarang kerosakan dan bau yang asing kepada guru bagi tindakan selanjutnya.

ü  Jika berlaku sebarang masalah kepada sistem komputer hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.


5.2.5    Kebersihan Dan Keceriaan Bilik Komputer

ü  Murid-murid hendaklah memastikan bilik komputer dalam keadaan kemas dan bersih setiap masa.

ü  Murid memastikan tidak membuang sampah sarap di merata tempat dan tidak menconteng dinding bilik komputer bagi memelihara keceriaan dalam bilik tersebut.


5.2.6    Perlu Minta Kebenaran

ü  Murid perlu memberitahu dan meminta kebenaran apabila hendak megakses internet.

ü  Murid harus memberitahu guru jika ingin menanggalkan sebarang sambungan pada sistem komputer bagi mengelakkan renjatan elektrik atau litar pintas berlaku.


5.3       TATACARA PENGGUNAAN GURU

5.3.1    Persediaan Sebelum Memulakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

ü  Guru perlu memastikan semua murid telah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebelum memulakan pelajaran.

ü  Guru menyediakan satu prosedur yang mudah dalam memulakan sistem komputer agar semua murid dapat menerimanya dengan senang dikuasai.


5.3.2    Laporan Kerosakan

ü  Setiap kerosakan yang terdapat pada peralatan, guru haruslah merekod dan membuat laporan untuk tindakan yang selanjutnya.


5.3.3    Kerja-kerja Penyelenggaraan

ü  Guru memastikan kerja-kerja peyelenggaraan dan baik pulih seharusnya dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan  sistem komputer berada dalam keadaan yang terbaik diguna setiap masa.



PENUTUP

Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di kawasan sekolah.



Previous
Next Post »