Polisi Keselamatan Kegiatan Luar Bilik Darjah
Polisi ini harus dibaca bersama:
· SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989
Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah
· SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995
Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.
· SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995
Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.
· SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979
Pendidikan Jasmani.
· SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988
Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
· SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998
Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.
· SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995
Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.
PENGENALAN
Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran.
· Pihak Sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
· Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan.
· Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
· Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
· Mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan.
· Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
· Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.
· Melapor taraf kesihatan diri kepada guru
· Mengikut arahan guru / jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan.
· Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan.
· Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.
PERANAN JURULATIH / GURU
· Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui:
a. Poster
b. Perhimpunan Mingguan
c. Ceramah
d. Bengkel
e. Pengajaran dan Pembelajaran dalam klelas
f. Edaran
· Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
· Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
· Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
· Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
· Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.
PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA.
· Mengambil tahu aktiviti ko-kurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masing-masing.
· Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
· Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
· Menyediakan bahan keperluan anak / jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
· Mengenalpasti jurulatih / guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon jurulatih / guru berkenaan dan pihak sekolah.
· Memastikan warga sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum.
· Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya.
· Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
· Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai atau sekolah.
· Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok ( rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995 )
· Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga sekolah melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi.
· Semua warga sekolah adalah tertakluk kepada polisi ini.
POLISI KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
1. SUKAN / PERMAINAN /KELAB / UNIT BERUNIFORM.
( Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil: 24/1998 )
Semua warga sekolah yang menjalankan kegiatan sukan, permainan, kelab dan unit beruniform haruslah bertanggungjawab ke atas:
1.1 Tatacara Am
· Keselamatan diri sama ada kegiatan tersebut dijalankan di dalam atau diluar kawasan sekolah.
· Keselamatan alatan kelengkapan dan kemudahan.
· Keselamatan fizikal.
· Keselamatan emosi.
· Keselamatan sosial.
1.2 Tatacara Murid.
· Memastikan keselamatan diri terjamin.
· Mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa
· Sentiasa mematuhi arahan jurulatih atau guru penasihat.
· Mendapat kebenaran jurulatih / guru penasihat sebelum menggunakan alatan.
· Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
· Menjalankan aktiviti dengan teratur dan sistematik.
· Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti bebahaya.
· Pelajar yang telah dipilih mewakili sekolah/ bahagian/ negeri / negara mesti membuat pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination )
· Memberitahu guru tentang sejarah kesihatan mereka ( Medical History
· Memberitahu / melaporkan kepada guru sekiranya mengetahui perilaku rakan-rakan yang tidak sihat, contohnya: penyalahgunaan dadah, pil khayal dan lain-lain.
1.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih/ Guru.
· Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar.
· Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan.
· Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
· Membuat pengawasan yang rapi sebelum, semasa dan sesudah digunakan.
· Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
· Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang jika didapati cuaca buruk akan berlaku.
· Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Memastikan hanya jurulatih yang berklayakan / bertauliah contohnya dari Majlis Sukan Negeri serta mengetahui latar belakang mereka.
· Menyediakan peti pertolongan cemas.
· Menyediakan pegawai yang bertauliah dalam rawatan kecemasan mengiringi pelajar yang mewakili sekolah.
· Mempunyai rekod sejarah kesihatan dan maklumat peribadi pelajar yang lengkap.
· Membuat siasatan rapi atas laporan yang telagh dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan dengan segera.
· Memberi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah contohnya masalah emosi, pencapaian sukan dan akademik yang menurun dan lain-lain. ( Jika perlu hantar kepada kaunselor bertauliah )
· Membuat pemeriksaan kesihatan yang lengkap ( Medical Examination ) untuk pelajar yang mewakili sekolah sahaja )
· Menjaga kebajikan pelajar, contohnya, menyediakan makanan dan minuman, memberi wang saku, menyediakan kenderaan dan lain-lain.
· Memberitahu ibubapa/ penjaga tentang pemilihan pelajar dalam aktiviti-aktiviti tertentu, tarikh, masa dan tempat latihan.
· Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan lengkap untuk memudahkan guru menghubungi ibubapa / penjaga semasa kecemasan.
· Menyediakan Fail Peribadi pelajar-pelajar yang dipilih mewakili sekolah, bahagian, negeri dan negara.
· Memastikan pemandu bertauliah dan kenderaan yang digunakan untuk menghantar pelajar pergi dan balik semasa mengikuti aktiviti dalam keadaan baik dan selamat.
· Harus mempunyai insurans kemalangan diri.
· Menyediakan prosedur khas untuk agensi/badan latihan luar yang menggunakan khidmat pelajar, contohnya, mewakili dalam sukan / permainan.
1.4 Tatacara Ibubapa / Penjaga.
· Menandatangani Surat Kebenaran Ibubapa/ Penjaga.
· Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
· Memakulumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
· Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai aktiviti.
· Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti.
· Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti.
· Memastikan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak jagaan menjalankan aktiviti.
· Mengambil tahu tempat dimana aktiviti dijalankan.
· Mendapat maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.
2. Penyelengaraan Peralatan Sukan ( Stor Sukan )
( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 )
Semua warga sekolah yang menggunakan peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:
2.1 Tatacara Am.
· Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.
· Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan
· Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.
· Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.
· Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan.
· Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.
· Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.
· Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
2.2 Tatacara Murid.
· Pelajar dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.
2.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
· Merekod semua alat sukan yang digunakan.
· Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.
· Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
· Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.
· Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
· Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.
3. Peralatan Sukan.
( Rujuk Saurat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :
3.1 Tatacara Am.
· Peralatan sukan
· Peralatan sukan mestilah selamat dan sesuai digunakan.
· Peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
· Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
3.2 Tatacara Murid.
· Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan.
· Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.
3.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
· Memastikan peralatan sukan selamat dan sesuai digunakan.
· Memastikan peralatan sukan mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
· Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan harus dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
· Mengambil tindakan segera atas lsporan kerosakan peralatan.
4. Kawasan Sukan / Permainan / Tempat Latihan
( Rujuk Surat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :
4.1 Tatacara Am.
· Kawasan latihan, permainan atau sukan dalam keadaan baik dan terurus.
4.2 Tatacara Murid.
· Mematuhi peraturan dan arahan guru.
· Dilarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
· Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
· Menjaga kebersihan.
· Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
· Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti berada di kawasan latihan.
4.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
· Memastikan tempat latihan dan alatan yang terdapat di situ dalam keadaan baik, terurus dan selamat.
· Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada gurtu.
· Mengambil tindakan segera terhadap laporan kerosakan yang berlaku.
· Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
· Memastikan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di tempat latihan.
5. Kawasan Larangan
( Rujuk Surat Pekeliling Bil. 9/2000 )
Pihak pentadbir, jurulaih dan guru penasihat bertanggungjawab ke atas:
5.1 Tatacara Am.
· Kawasan larangan dan berbahaya seperti gynasium, angkat berat,, padang hoki/bola sepak, gelanggang bola tampar/ sepak takraw, lapangan latihan memanah, kawasan balapan dan stor sukan.
5.2 Tatacara Murid.
· Dilarang berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
· Memastikan keselamatan dan peralatan yang terdapat disitu adalah terjamin.
· Mematuhi peraturan dan arahan guru.
· Menjaga kebersihan.
· Membuat laporan tentang kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru.
· Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di kawasan larangan dengan pengawasan rapi guru.
5.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.
· Memastikan tiada pelajar berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
· Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan
· Memastikan kawasan dalam keadaan baik, terurus dan selamat digunakan.
· Memastikan peralatan yang terdapat disitu dalam keadaan selamat.
· Mengambil tindakan segera atas segala laporan yang disampaikan oleh pelajar dan merekodkannya.
· Menyediakan seorang pegawai yang bertauliah dalam pertolongan cemas sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.
· Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.
· Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti / latihan dijalankan.
6. Cuaca / Musim
( Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 )
Semua warga sekolah bertanggungjawab ke atas:
6.1 Tatacara Am.
· Tidak menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk seperti hujan, kilat dan petir.
· Memberhentikan aktiviti apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.
6.2 Tatacara Murid.
· Tidak berada di tempat lapang atau kawasan yang terdedah kepada bahaya semasa cuaca buruk.
· Berhenti serta merta setelah mendapat arahan daripada guru supaya berbuat demikian.
· Mematuhi arahan dan peraturan.
7. Laporan Kemalangan Atau Kecederaan.
( Rujuk Suat Pekeliling Bil. 9/2000 )
Jurulatih dan guru penasihat bertangunggjawab ke atas :
7.1 Tatacara Am.
· Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru.
· Membuat siasatan ke atas kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
· Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
7.2 Tatacara Murid.
· Melaporkan semua jenis kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa menyertai aktiviti kepada pihak pengurusan / guru.
· Pelajar mesti memberitahu sejarah kesihatan mereka.
· Melaporkan aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Contohnya, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.
7.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.
· Mengambil tindakan segera ke atas laporan yang dibuat oleh pelajar.
· Membuat siasatan ke atas kemalangan atau kecedraan yang berlaku.
· Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
8. Laporan Aktiviti ( Penilaian dan Pemantauan )
( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 )
8.1 Tatacara Am.
· Jumlah dan guru penasihat bertanggungjawab membuat penilaian dan laporan bertulis kepada pihak sekolah bagi setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai pelajar.
· Jawatankuasa Keselamatan Ko-kurikulum membuat penilaian dan pemantauan keatas semua aktiviti ko-kurikulum sepanjang tahun.
8.2 Tatacara Murid.
· Membuat laporan bertulis ( jika perlu ).
8.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/guru.
· Menyemak laporan bertulis oleh pelajar.
· Membuat laporan bertulis setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai sama ada di dalam atau di luar sekolah.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM.
1.1 Tatacara Am.
· Taklimat keselamatan oleh jurulatih atau guru penasihat sebelum aktiviti dijalankan.
· Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan sama ada di kawasan latihan, padang, gelanggang dan stor sukan.
· Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
· Pengawasan rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
· Memastikan semua peralatan adalah selamat untuk digunakan dan dipulangkan dengan sempurna selepas digunakan.
· Sebarang aktiviti mesti dijalankan di tempat yang ditetapkan.
· Tidak menjalankan sebarang aktiviti di tempat lapang apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.
1.2 Tatacara Murid.
· Memakai pakaian sukan atau seragam yang lengkap.
· Mendengar talklimat keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan, operaturan dan tatacarta penggunaan peralatan yang betul.
· Membuat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga dengan mengisi Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa/ Penjaga untuk pembedahan.
· Mengetahui cara penggunaan peralatan sukan dengan betul.
· Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti yang berbahaya.
· Memberikan kepada guru maklumat peribadi dan sejarah kesihatan yang lengkap dan betul.
· Mematuhi peraturan dan arahan guru.
1.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.
· Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.
· Memastikan hanya juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta mempunyai latar belakang dan reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan menjalankan latihan.
· Membuat laporan rapi atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan seterusnya.
· Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungjawab dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan maklumat lengkap bagi memudahkan menghubungi ibubapa semasa kecemasan.
· Menyediakan Fail Peribadi dan pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination ) yang lengkap bagi pelajar yang mewakili Sekolah, Bahagian, Negeri dan Negara.
· Menyediakan prosedur khas bagi agensi atau badan-badan luar yang memerlukan khidmat pelajar contohnya , mewakili dalam permainan / sukan..
· Menyediakan seorang pegawai bantuan kecemasan yang bertauliah.
· Menjaga kebajikan pelajar.
· Mempunyai rekod maklumat peribadi dan sejarah kesihatan pelajar yang lengkap.
· Mengada aktiviti di tempat yang ditetapkan.
· Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang atau terdedah kepada bahaya jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.
· Memberi taklimat keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan yang betul.
· Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
· Membuat pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
· Mempastikan pengeluaran dan pengembalian barang adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
· Menyediakan laporan yang lengkap tentang aktiviti yang dijalankan dan disertai.
· Menyediakan peti pertolongan cemas.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TEMPAT LATIHAN.
1.1 Tatacara Am.
· Tempat latihan haruslah berada dalam keadaan bersih.
· Memastikan tempat latihan selamat digunakan.
· Mempunyai pelan keselamatan.
· Mempunyai jadual penggunaan tempat latihan.
· Pelajar adalah dilarang sama sekali berada di tempat latihan tanpa pengawasan jurulatih atau guru penasihat.
· Mempunyai peti pertolongan cemas.
· Memastikan semua peralatan yang terdapat di tempat latihan adalah selamat untuk digunakan.
· Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
· Membuat laporan tentang peralatan sukan yang telah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
1.2 Tatacara Murid.
· Mematuhi peraturan dan arahan guru.
· Melarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi guru.
· Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
· Menjaga keselamatan.
· Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
· Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja berada di kawasan latihan.
1.3 Tatacara Pengurusan/ Jurulatih/Guru.
· Memastikan peralatan sukan dan tempat latihan berada dalam keadaan terurus dan selamat.
· Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi dan selamat.
· Mengambil tindakan segera keatas segala laporan kerosakan yang dibuat.
· Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
· Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja boleh berada di tempat latihan.
· Memberi taklimat tentang pelan keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan peralatan yang betul.
· Membuat laporan dan merekodkan sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku serta menmberitahu pihak pengurusan dan ibu bapa.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.
1.1 Tatacara Am.
· Sentiasa menjaga kebersihan stor.
· Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan.
· Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.
· Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
· Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
· Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat sukan.
· Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.
· Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.
· Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
· Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.
1.2 Tatacara Murid.
· Dilarang masuk ke dalam stor sukan.
1.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.
· Menjaga kebersihan stor sukan.
· Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.
· Memadamkan suis apabila keluar dari stor.
· Mempunyai pelan keselamatan.
· Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
· Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
· Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN.
1.1 Tatacara Am
· Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan ( Warranty )
· Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
· Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
1.2 Tatacara Murid.
· Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan yang digunakan.
· Sentiasa berwaspada meenggnakan peratan.
· Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.
1.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.
· Memastikan peralatan sukan mempunyai jaminan ( Warranty ).
· Memastikan peralatan yang sudah tamat tarikh luput dihapuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
· Mengambil tindakan segera atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku.
· Memberi taklimat tatacara penggunaan peralatan yang betul.
KEGIATAN LUAR.
1.1 PENDAHULUAN.
Kegiatan luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah dan/atau melibatkan agensi luar untuk mengadakan lawatan atau perkhemahan.
1.2 RASIONAL
· Kegiatan luar adalah perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik darjah kepada murid.
· Mengubah sausana pembelajaran supaya murid lebih berminat untuk terus belajar.
1.3 OBJEKTIF
· Mengadakan lawatan yang berfaedah untuk murid.
· Mengikut tatacara keselamatan yang disediakan apabila menjalankan aktiviti luar.
· Mengelakkan berlakunya kemalangan apabila menjalankan aktiviti luar dengan mengambil kira aspek keselamatan.
1.4 PERANAN MURID.
· Murid mendapatkan kebenaran ibubapa.
· Memberitahu taraf kesihatan kepada guru/pihak pengurusan.
· Membawa peralatan yang diperlukan dengan lengkap.
· Mendengar dengan teliti arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan oleh guru.
· Sentiasa berada dalam kumpulan yang ditetapkan.
· Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti luar melalui:
a. Poster
b. Perhimpunan Mingguan
c. Ceramah
d. Bengkel
e. Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.
f. Tayangan Video.
g. Ceramah.
h. Edaran.
· Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
· Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
· Memaklum kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
· Menganalisis setiap kejadian.
· Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti luar sekolah.
· Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.
· Mengambil tahu aktiviti luar yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
· Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
· Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
· Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
· Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.
1.7 TATACARA MURID
1.7.1 LAWATAN SAMBIL BELAJAR
· Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga yang disediakan dan serahkan kepada guru penasihat.
· Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing ( pakai sentiasa ) pas lawatan sekolah.
· Bawa peti kecemasan yang lengkap.
· Catat kedatangan pergi dan balik dan naik/turun daripada kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
· Setelah tiba di tempat yang ditujui, ikut arahan guru/pemandu pelancong/ peraturan di tempat lawatan.
· Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
· Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik. Tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.
1.7.2 LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN HUTAN.
· Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu bapa dan serahkan kepada guru penasihat
· Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
· Pakai pakaian yang sesuai- baju lengan panjang dan kasut sukan.
· Dirikan khemah di kawasan yang sesuai dan bukan di laluan air atau bawah pokok berdahan reput/di lereng bukit yang boleh berlaku tanah runtuh/berhampiran tebing sungai/tempat curam/tanah lembut/di kawasan lembah dan lain-lain tempat yang berbahaya.
· Taburkan serbuk belerang/garam di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa seperti ular dan serangga.
· Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
· Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana ia mungkin beracun.
· Ketua kumpulan jalankan aktiviti dalam kumpulan.
· Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
· Sekiranya diganggu oleh haiwan liar, jangan panik. Jerit minta pertolongan dan lari untuk menyelamatkan diri.
· Sekiranya terkena getah beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan serangga atau luka, dapatkan pertolongan kecemasan segera ( Lampiran 4 )
· Laporkan kepada guru.
· Sekiranya sakit berterusan, keluar daripada kawasan perkhemahan dan daptakan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
· Bawa peralatan lengkap dan peti kecemasan.
1.7.3 LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN BERAIR.
Kawasan berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, loji penapisan air, empangan, bakau dan lain-lain.
· Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
· Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
· Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.
· Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti.
· Jika terdapat sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah meminta tolong.
· Jangan cuba memberi pertolongan cemas kecuali jika anda mempunyai kelayakan menyelamat di air.
· Laporkan segera kepada guru/pegawai bertugas/penyelamat kecemasan.
1.8 TATACARA GURU.
· Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
· Jika guru tidak mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan.
· Memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, seperti polis (bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan).
· Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga.
· Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa dan kumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
· Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
· Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
· Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
· Mengatur program yang sesuai.
1.9 TATACARA IBUBAPA/PENJAGA.
· Menandatangani surat kebenaran ibubapa/penjaga.
· Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
· Memaklum kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
· Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai sebarang aktiviti.
· Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai sebarang aktiviti.
· Mengetahui masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti.
· Memastikan peralatan mencukupi untuk anak jagaan menjalankan aktiviti.
· Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
· Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.
1.1 DI DALAM KAWASAN SEKOLAH
· Apabila berlaku kemalangan, terus laporkan kepada guru-guru yang bertugas. Buat laporan bertulis.
· Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
· Sekiranya serius, pihak sekolah akan menghantar pelajar berkenaan ke hospital dan laporkan kejadian tersebut kepada ibubapa murid/pesakit.
· Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu buat aduan di Balai Polis.
· Guru segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk tujuan tuntutan insurans.
· Serahkan kedua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk urusan memohon tuntutan insurans selanjutnya.
1.2 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.
· Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
· Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang berhampiran untuk menghantar ke hospital.
· Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran / pejabat sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada polis.
· Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan tuntutan insurans.
ConversionConversion EmoticonEmoticon