BUBUR LAMBUK ISTIMEWA KEPADA MASYARAKAT JITRA

BUBUR LAMBUK ISTIMEWA KEPADA MASYARAKAT JITRA

Sabtu, 11 Julai 2015


JITRA : Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Kubang Pasu meneruskan tradisi mengedarkan 300 bekas bubur lambuk kepada masyarakat di Pekan Jitra, Kedah pada 24 Ramadan 1436. Tahun ini merupakan tahun keempat BSMM mengedarkan bubur lambuk yang begitu sinonim setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Menurut En Abu Bakar bin Othman, Setiausaha Kehormat BSMM Kubang Pasu berkata bubur lambuk ini masih mengekalkan resipi istimewa iaitu tumis darat bersama udang besar. Seramai lebih 20 petugas sukarelawan BSMM bekerja sejak jam 9 pagi menyediakan bubur lambuk istimewa ini. Aktiviti seumpama ini dapat memberikan khidmat sosial kepada masyarakat di samping menggalakkan semangat gotong-royong serta memuliakan amalan bersedekah di bulan Ramadan.

Sumbangan bubur itu disampaikan oleh Jawatankuasa BSMM dan para petugas di laluan jalanraya di hadapan Pejabat BSMM Kubang Pasu kepada segenap lapisan masyarakat , termasuk kaum lain turut menerima bubur ini.

En Abu Bakar bin Othman yang juga Pengarah BSMM Kedah turut mempromosikan perkhidmatan ambulans kepada masyarakat di negeri Kedah. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah keluar/ discharge dari wad, rawatan susulan ke hospital, liputan perubatan untuk sebarang aktiviti dan lain-lain . Sehingga kini, perkhidmatan ini 24 jam beroperasi  telah mengendalikan dan penghantaran pesakit sehingga ke selatan tanah air dengan kadar harga berpatutan.

Di samping itu, BSMM Kubang Pasu juga mempelawa masyarakat kawasan Kubang Pasu untuk menjadi ahli BSMM. Individu atau kumpulan yang berminat mendapatkan perkhidmatan ambulans atau menjadi ahli boleh ke pejabat BSMM berhadapan SMK Seri Mahawangsa atau menelefon ke nombor 012-7789577 (Azlan) atau 019-4661393 (Saufi).








Previous
Next Post »