22 perkara asas yang anda mesti ambil
tahu dalam penjagaan kereta.
Menghantar kereta ke bengkel untuk
diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses
penyelenggaraan kenderaan.
Namun jika anda tersilap langkah,
anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj
perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.
Berikut adalah 22 perkara asas
tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak
lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada.
Semoga bermanfaat.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis
sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3
bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah
perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik
boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak
enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan
mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai
30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan
kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km
tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk
4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda
boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian
semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu
lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak
ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada
bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan
main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran.
Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH,
dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih
berat daripada bateri yang kurang baik.
5. TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas
60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh
bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000
km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing
belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana
menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya
masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang
ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa
sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila
perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini
dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu
ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type,
anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya
sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi
kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu
ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin
berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar
lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan
perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda
tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox,
kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia
boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING
FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti
baru setiap 60,000 km.
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya
berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna
jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah
coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu
dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis
sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator
mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni
letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah
ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu
masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Adalah diingatkan maintenance
schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya
memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar tu
belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu
mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan
datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar
selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km
atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak
hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang
disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol,
Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak
murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong
wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu
mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta
diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di
stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai
spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap
40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas
5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama ialah
gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.
Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan,
maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar
tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat
guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai
110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original
Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi”
masih elok maka tak perlu ditukar.
Aircond belt, altrnator belt, power
steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt
untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka
apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar
sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar water pump perlu buka
timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj
tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km.
Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan
terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak,
ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring
sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan
minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah
servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking
dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head
gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai
top-overhaul.
Kereta
19. Biasanya top overhaul tidak
diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada juga yang mencapai
perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana
pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang
menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake juga pun sama, brake
belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka
hayatnya.
20. Pada asalnya, enjin pembakaran
dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.
Secara asasnyanya pertukaran timing
belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun
adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas
dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari
adunan getah, plastik dan fibre glass.
Jadi adalah dinasihatkan
pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing
belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km
jarak perjalanan.
21. Sesetengah pengeluar seperti Alfa
Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua
enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.
Pada tahun 1996 dahulu, ada juga
pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu
tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab
timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu =
35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan
penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan zaman sekarang telah
menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan,
Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua
kenderaan penumpangnya iaitu :
Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc
22. Model seperti Honda CRV pada
mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua,
Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.
Ianya tidak memerlukan pertukaran
biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam
sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar
tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
ConversionConversion EmoticonEmoticon