BERITA INTEGRASI PUSAT KOK UUM

24 MAC 2015, SELASA | 03 JAMADIL AKHIR 1436H
========================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Yang Berbahagia Dato’/Datuk/ Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/i:

 gambar berita integrasi unit pc 21 mac


“With You For You” Berjaya Integrasikan Kemahiran Insaniah

Mac, 21 – Program Integrasi Subunit Bulan Sabit Merah (BSMM) yang telah diadakan berjaya meninggalkan kesan yang positif kepada siswa siswi semester 4 dan 2. Modul program ini dirancangkan bersandarkan agar dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli BSMM dan jurulatih-jurulatih yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam aktiviti yang dijalankan, menanamkan semangat dan kemahiran insaniah yang perlu dihayati dan dihargai.

Di samping melatih siswa siswi bekerjasama di dalam menghadiri dan menyertai setiap aktiviti yang telah dirancangkan, aktiviti ini juga memberikan pendedahan kepada siswa siswi untuk memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti di dalam suatu organisasi secara berkumpulan di samping menambahkan pengalaman yang menarik kepada para siswa siswi tentang memantapkan kemahiran.

Program ini bermula jam 8 pagi bertempat di DKG 2/1 dan lokasi-lokasi berhampiran. Selain nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM, turut diadakan bacaan ikrar. Perasmian disempurnakan oleh En. Mohamad Hapisol bin Othman, Penyelaras Unit Pertolongan Cemas, Pusat Kokurikulum UUM. Ucapan perasmian menekankan kepada kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah merupakan pendekatan penting untuk memberi impak kepada pembentukkan sahsiah siswa sebagai suatu kemahiran “soft skill” yang perlu ada. Beliau juga mengharapkan komitmen unit pertolongan cemas untuk meningkatkan semangat kesukarelawan seperti bantuan banjir ke Pantai Timur pada baru-baru ini.

Setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kelas. Lima kumpulan ini akan digerakkan kepada lima stesen yang memberikan input yang berbeza. Input yang diberikan adalah Kawad kaki (statik dan dinamik), Kuiz Bee, Anduh, Balutan dan CPR. Jurulatih dan Pembantu akan menunjukcara dan kemudian semua ahli dalam kumpulan akan melakukan aktiviti atau tugasan.  Setiap sesi mengambil masa selama 25 minit. Markah juga diambil untuk tujuan pertandingan.

Program integrasi ini berakhir pada jam 12,00 tengah hari. Taklimat persiapan KLK turut diadakan. Kumpulan yang sama akan berkampung untuk program yang dinamakan First Aider Every Home (FAEIH) di Kampung Bukit, Hosba, Kedah.


===============================
DARIPADA:
PUSAT KOKURIKULUM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3506
FAKS: 04-928 3502
Previous
Next Post »