PANDUAN PENULISAN BERITA

sumber : 
http://upimbtpnkedah.blogspot.com/

PENULISAN BERITA
  1. Karangan jenis berita merupakan karangan berformat.
  2. Karangan ini ditulis dengan tujuan untuk memberikan maklumat, serta pengetahuan tentang peristiwa semasa kepada pembaca.

  3. Untuk menulis karangan jenis berita yang baik, anda harus memikirkan lima persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.

  4. Susunlah isi berita dengan baik. Isi yang utama perlulah didahulukan manakala isi yang kurang penting dikemudiankan.

  5. Sertakanlah huraian dan contoh-contoh agar berita yang ditulis lebih terperinci dan diyakini.

  6. Sedutan ucapan atau pendapat seseorang bolehlah dimasukkan.

  7. Gunakanlah bahasa yang ringkas tetapi padat dan tepat supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca.

  8. Oleh sebab karangan jenis berita mempunyai format yang khusus, patuhilah format tersebut.
BERITA

Pengenalan

• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.

 • Dahulukan Isi berita yang paling penting, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.
• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara

• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu

Apa

Siapa
Bila
Di mana
Mengapa
Bagaimana

1.  Apa ?
- Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
- Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

2.  Bila ?
- Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
- Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
- Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

3. Di mana ?
- Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
- Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.

4.  Siapa ?
- Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
- Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
- Adakalanya umur juga perlu ditulis .

5.  Mengapa ?
- mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
- sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

6.  Bagaimana?
- menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.

Previous
Next Post »