HUKUMAN KAWAD KAKI

Bil
Pergerakan
Bahasa hukuman
Keterangan
Catatan
1
Bawa skuad masuk padang

Platun dibawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan di dalam 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan.


2
Berhenti

SKUAD .......HENTI

Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. ‘Check’ atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia

berhenti di hadapan (di tengah – tengah) Ketua Hakim.
3

SKUAD AKAN MENGHADAP

KE HADAPAN,

KE KANAN ………. PUSING

Berpusing  90° mengadap ke hadapan.
Dalam keadaan statik, pusing ke kanan 90° dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan di dalam kedudukan sedia.

4
Buka / tutup barisan

BUKA BARISAN .......GERAK
Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kiri ke hadapan 24 inci dan kaki kanan 24 inci juga  kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dalam kedudukan sedia. (kiri-kanan, 1-2 )

Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kiri diikuti kemudian angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang;  (kiri-kanan, 1-2 )


5
Membetulkan barisan
KE KANAN ..... LURUS

               

Angkat tangan kanan lurus ke sisi serentak dengan muka dipalingkan ke kanan (kiraan 1). Hentak kaki kiri dan kanan dan menhhetap kaki sehingga barisan lurus (1-2). Bilangan masa 1,12.
 Penanda kanan hendaklah diam. Anggota  di sebelah kiri barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di kanannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.


PANDANG......
DEPAN
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk kanan serentak dengan dengan muka dan pantas (kiraan 1).


6
Melapor
ASSALAMUALAIKUM /
SELAMAT PETANG TUAN,
PASUKAN KADET MATRIKULASI GILIRAN ? SIAP UNTUK DIUJI . TERIMA KASIH TUAN.
Ketua pelatun bergerak ke hadapan pentas tabik hormat dan memberi hormat kepada pegawai penerima hormat dan melaporkan kedudukan platun.

Selesai melapor ketua platun bergerak ke kanan, baru bergerak mengadap platun dan memberi hukuman kawad statik



7
Berpusing ke kiri
BERGERAK KE KIRI, BERTIGA-TIGA...
KE KIRI ......PUSING
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90° ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat.
Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Berat badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.


8
Berpusing ke kanan
BERGERAK KE KANAN, BERTIGA-TIGA...
KE BELAKANG ......PUSING
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90° ke belakang, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri mengikut arah jam berpusing.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.


9

SKUAD AKAN MENGHADAP KE BELAKANG , KANAN ......PUSING

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 90° ke kanan , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia

10

SKUAD AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKANG ...... PUSING
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180° ke belakang mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia


11

TUTUP BARISAN ......GERAK
Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak".Hentak kiri kanan.

12

Membetulkan barisan

KE KANAN ..... LURUS

Kepala pusing ke Kanan, serentak tangan diangkat ke bahu kiri rakan. Hentak kaki kiri kanan dan getak kasut sambil membetulkan kedudukan
Kaedah timing:
1,1 2
13


PANDANG......
DEPAN

Sama seperti di atas.

14


BERGERAK KE KIRI, BERTIGA-TIGA
KE KIRI .......PUSING

Berpusing ke kiri 90° dan hentak kaki kanan ( kiraan 1-2-1 )




15
Cepat jalan

DARI KANAN,  CEPAT JALAN
Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai  kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang  ke hadapan 200 meter.

(a)   Lenggang tangan ke belakang semaksima.        Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu.
(b)  Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan  lutut.

16

KIRI BELOK
Sambil bergerak pusing ke  kiri barisan belakang, pendekkan langkah, barisan hadapan buka langkah khas.
Selepas kon 1 dan sebelum garisan putih
17
Tukar langkah dari cepat jalan ke perlahan jalan


TUKAR LANGKAH PERLAHAN, PERLAHAN .........JALAN

Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi. ’Check’ dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah  kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki kanan ke hadapan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan , tangan dikunci di sisi badan.

Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check

18

KIRI BELOK
Sambil bergerak pusing ke  kiri
Berkeadaan perlahan jalan
19
Tukar langkah dari jalan perlahan ke cepat jalan

TUKAR LANGKAH CEPAT,
CEPAT .........JALAN


Selepas melepasi kon 2 .
20

KIRI BELOK
Sambil bergerak pusing ke  kiri
Dalam cepat jalan selepas kon ke 3
21
Hormat ke kanan ketika berjalan
HORMAT KE KANAN ……… HORMAT
Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi.
Check atas kaki kanan dan  langkah kaki kiri  ke hadapan,
pada masa yang sama bawa tangan kanan ke  kedudukan hormat dan  palingkan muka ke kanan dengan pantas kecuali penanda kiri berjalan seperti biasa.

Langkah kaki  kanan, kiri, kanan
(Turun tangan dan palingkan muka ke hadapan).
Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa
Pergerakan ini berlaku di tengah-tengah padang kawad
Penanda Kiri tidak melakukan hormat ke kanan
Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang.

22
Memberi hormat ke hadapan ketika berjalan

HORMAT, KE HADAPAN .......... HORMAT

Diberi serupa dengan hukuman " berhenti ", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan (tabik), turun tangan  kemudian hormat (tabik) sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang,hentak kaki kiri ke sisi kanan berjalan dengan cepat jalan (semua anggota mesti melakukan perbuatan di atas termasuk penanda kanan).

Berlaku sebelum garisan putih di sebelah kiri platun
23
Tukar langkah dalam masa  cepat jalan
TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN, TUKAR ...
LANGKAH (3 KALI) MAJU

Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kiri jejak tanah.
Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kanan
Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan,
Hentak kaki kanan disebelah  kaki kiri
Langkah kaki kiri ke hadapan maju dan terus cepat jalan.

Berlaku di tengah-tengah padang kawad
24
Hormat selaku menerima sijil

HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL,
KE HADAPAN...... HORMAT


Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kiri ke hadapan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.
Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. 
Tangan kanan atas tangan kiri, tidak ditepuk dan tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kiri ke belakang hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang mengikut arah pergerakan jam, berjalan dengan cepat jalan.

25

TUKAR LANGKAH PERLAHAN, PERLAHAN... JALAN

Pergerakan semasa perlahan jalan.

26

BERGERAK
KE KANAN BERTIGA-TIGA
KE BELAKANG...
PUSING

Pergerakan semasa perlahan jalan.
27

TUKAR LANGKAH CEPAT,
CEPAT JALAN


28

BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA,
KE BELAKANG ..... PUSING


29
Berpusing  ke kiri semasa cepat jalan
SKUAD AKAN
MENGHADAP KE BELAKANG,
KE KIRI  ....... PUSING

Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Check  kaki kiri dan angkat kaki kanan (berpusing ke arah lawan) jam 90° hentak di sebelah kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah  kiri dan terus berjalan.

Berlaku apabila skuad berada di tengah-tengah padang kawad
30

SKUAD AKAN

MENGHADAP
KE HADAPAN,
KE BELAKANG ....... PUSING
Pusing ke belakang dan menghadap ke hadapan 180° dan bergerak ke tengah Padang kawad
Berlaku apabila skuad menghampiri garisan putih di belakang
31
Hentak kaki, maju dan berhenti dalam cepat jalan
HENTAK........KAKI
CEPAT

Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, ’check’  kaki kanan  dan mula hentak kaki dengan kaki kiri.


32

SKUAD.........HENTI

Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri dan kanan.
Terus berhenti


SKUAD AKAN MARA MENGHADAP, DARI TENGAH, CEPAT JALAN

Sebelum memberi hukuman Ketua platun akan bergerak ke hadapan platun  dan berpusing mengadap pentas tabik hormat
Pergerakan
12 -1 - 2
(Mula kaki kiri, 12 langkah, tutup dengan kiri kanan)
33
Melapor tamat ujian
ASSALAMUALAIKUM / SELAMAT PETANG TUAN,
PASUKAN GILIRAN ? TELAH SIAP DIUJI.
KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN.
TERIMA KASIH TUAN.
Sebelum melapor ketua platun akan bergerak ke  hadapan pentas hormat. Dan memberi hormat
Selepas melapor ketua platun akan memberi hormat dan bergerak semula ke hadapan platun

34
Bergerak keluar
BERGERAK KE KIRI, BERTIGA-TIGA KE KIRI..... PUSING
Berpusing ke kiri 90°

35

DARI KANAN, CEPAT JALAN
Bergerak dari kanan ke kiri sehingga keluar dari garisan putih.
Ketua Platun pusing ke kanan dan membawa paltun.

36

”SKUAD ..... HENTI
Sama seperti di atas

37

”SKUAD AKAN MENGHADAP KE HADAPAN KE KANAN....PUSING”
Sama seperti di atas

38

”KELUAR ....BARIS”
Platun akan berpusing ke Kanan 90°, hentak kaki, melangkah 3 langkah dan pergerakan biasa

Previous
Next Post »