Pengasas Palang Merah
JEAN HENRY DUNANT 1828-1910
Jean Henry Dunant, terkenal sebagai bapa Palang Merah, dilahirkan pada 8 Mei 1828, di Geneva, Switzerland.
Bapanya seorang peniaga yang berjaya, terkenal dan berharta. Ibunya adalah
seorang yang penyayang dan patuh pada agama. Beliaulah bertanggungjawab memberi
didikan awal kepada anak sulungnya ini serta mempunyai pengaruh yang besar
terhadap pembentukan dan perkembangan sikap serta budi pekerti anak itu.
Sehingga Dunant menigkat menjadi dewasa, beliau menikmati segala kemudahan
dan kesenangan hasil daripada kedudukan sosial dan ekonomi keluarganya. Di
samping itu, beliau mengalami hidup berdisiplin yang lazim diberi kepada
seorang anak Warga Swiss yang berpengaruh. Suasana Calvinist Geneva pada ketika
itu juga menpengaruhi pertumbuhan dan perkembangannya. Pada usia yang masih
muda lagi beliau telah mula patuh kepada ajaran agama dan mempunyai akhlak yang
tinggi
Sejak awal-awal usianya lagi, beliau telah berkecimpung dengan aktif dalam
berbagai-bagai pergerakan dengan membabitkan dirinya dalam aktiviti-aktiviti
amal dan agama. Beliau bergerak aktif dalam pergerakan menyatukan orang-orang
Kristian dan Yahudi- satu pergerakan yang berpengaruh di Eropah ketika itu.
Beliau menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali “League of Aims” di Geneva,
yang bertujuan memberi keselesaan rohani dan jasmani serta membantu penduduk
yang miskin, sakit dan juga mereka yang serba kekurangan. Beliau juga sering melawat
penjara di mana beliau berusaha menolong menukarkan sikap dan perangai
banduan-banduan
Sehingga usianya mencapai 30 tahun, minat Dunant adalah tertumpu kepada
sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan
nama “Young Men’s Christian Association”.
Awal tahun 1853, satu pergerakan untuk menyekutukan beberapa kumpulan di
Eropah menjadi sebuah organisasi dimulakan. Dunant menentang rancangan tersebut
dan mencadangkan bahawa satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut
diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah sahaja. Hasil daripada desakan
Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.
Dalam suatu perjalanan untuk mengurus perniagaanya di Itali, Dunant sampai
di Castiglione delle Pieve pada hari
yang sama bulan Jun 1859 tatkala
Pertempuran Solferino mula meletus. Apabila didapatinya bahawa bandar kecil
itu dipenuhi dengan mangsa-mangsa kematian dan kecederaan ( 40000 orang ) dan
perkhidmatan perubatan tentera yang ada tidak lengkap dan mencukupi, beliau
mencuba untuk membantu yang sakit dan cedera dengan sedaya upaya. Pengalaman
ini telah menukarkan tujuan hidupnya kerana bermula pada hari itu, beliau telah
mengenepikan minatnya dalam aktiviti-aktiviti perniagaan dan menumpukan pemikirannya
mencari jalan bagaimana penderitaan boleh dielakkan atau sekurang-kurangnya
diringankan dalam peperangan yang akan datang.
Penerbitan bukunya “Kenangan di
Solferino” merupakan permulaan kepada kejayaan-kejayaannya. Saranannya
bahwa persatuan-persatuan yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang
terlatih patut ditubuh di semua negara untuk menolong menjaga anggota-anggota
tentera yang cedera dalam masa perang telah mendapat sambutan ramai yang luar
biasa. Tambahan pula konsepnya iaitu triti antarabangsa di antara negara untuk
menentukan penjagaan orang-orang sakit telah menarik minat ramai. Dunant telah
menggembara ke beberapa buah ibu kota di Eropah. Beliau telah disambut dengan
baik dan berbincang dan berbicara dengan ramai orang yang berpengaruh. Raja-raja
dan orang-orang ramai menghormati Dunant sambil beliau menerangkan saran dan
cadangannya walaupun ada yang kurang pasti akan pendapatnya itu. Semua ini
merupakan satu pengalaman yang memberangsangkan kepada Dunant. Dunant yang
telah muncul daripada seorang yang hidupnya tersisih kepada insan yang dikagumi
yang berjaya mengusik jiwa dan pemikiran insan di Eropah.
Dalam tahun-tahun 1863 dan 1864 bintang kerjayanya meningkat ke kemuncak
kegemilangannya dan selepas itu mula menurun. Orang ramai memberi sokongan,
sebuah Jawatankuasa ditubuh, dan persidangan-persidangan diadakan. Tetapi dalam
transformasi impiannya kepada reality, Dunant menyepikan diri dan tempatnya
diambil alih oleh orang-orang yang lebih praktik. Tahun 1865 dan 1866 merupakan
penyertaan Dunant yang merosot dalam pergerakan yang beliau sendiri cetuskan
melalui saranannya. Perasaan malu dan kurang keyakinan telah menyebabkan
perkara ini berlaku. seorang anak muda yang petah bercakap dan berkebolehan
menulis, tidak mampu berbicara atau memberi sumbangan dan pendapat dalam
mesyuarat atau persidangan.
Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant. Urusan perniagaan yang
diabaikannya menghadapi kemerosotan. Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan
segala harta kepunyaannya dalam usaha membayar hutang pemiutang. Tidak lama
selepas itu, beliau meninggalkan Geneva buat selama-selamanya. Pada ketika itu
beliau baru sahaja berusia 39 tahun.
Dua puluh tahun berikutnya, Dunant menhadapi hidup yang lebih malang. Dia
terpaksa bergantung hidup di atas bela kasihan sahabat-sahabatnya dan elaun
yang kecil yang dterima dari keluarganya. Dia berada dalam kemiskinan dan
kesengsaraan. Kadangkala beliau akan menjelma diri di kalangan orang ramai, di
Perancis, Germany, Itali dan di England untuk diberi penghormatan atas
sumbangannya terhadap penubuhan Palang Merah atau yang bersabit dengan
projek-projek lain yang ada hubungan dengannya. Walau bagaimanapun beliau
tinggal keseorangan dan kesepian sepanjang masa.
Tiba-tiba pada suatu hari bulan Julai 1887, seorang tua kelihatan berada di
sebuah Bandar kecil Heidden, Switzerland. Walaupun beliau baru berusia 59 tahun, 20
tahun hidup dalam kekecewaan telah menjadikan beliau kelihatan seperti seorang
yang telah lanjut usia. Walau
bagaimanapun penduduk-penduduk di Bandar tersebut mengenalinya. Di tempat
tinggalnya yang baru, ramai orang mendampinginya dan memberi penghormatan yang
sewajarnya. Pada seketika waktu dia
menaruh minat akan perkembangan di dalam pergerakan yang beliau sendiri turut
menubuhkannya. Beliau juga turut
dihubungi oleh rakan-rakan lama yang mengetahui bahawa beliau masih hidup
lagi. Pada tahun 1892, kerana gangguan
kesihatan dan usia yang lanjut telah memaksa beliau dimasukan ke hospital
tempatan dan di sinilah beliau tinggal selama 18 tahun berikutnya.
Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dan ekspedisi di pergunungan
berdekatan Heidden telah mendapat berita mengenai Dunant dan memohon
berwawancara dengannya. Beberapa hari
selepas itu, dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun tinggal dalam
keadaan dhaif bagi seseorang yang telah membuat sumbangan yang besar terhadap
manusia di dunia ini. Tawaran untuk
membantu beliau mencurah-curah datang, pengiktirafan akan khidmatnya sampai
melalui surat sama ada daripada pihak atasan atau bawahan, dari jauh dan dekat.
Pope Leo XIII menghantar potretnya yang ditandatanganinya yang ditulis dengan
tangannya sendiri perkataan “First paz in virtute ma Deus” (
).
Dunant, sentiasa tenang pada hari tuanya, menghargai segala pujian yang
dicurahkan kepadanya. Dia menjelaskan bahawa beliau tidak perlu dibantu;
keperluannya yang tidak sebanyak mana yang datang daripada pihak hospital dan
jiran-jirannya di Heidden adalah lebih daripada memadai.
Satu lagi penghormatan menunggu Dunant.
Pada tahun 1901, jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliau dengan Hadiah
Keamanan (Peace Prize) yang pertama, yang dikongsi bersama dengan Frederic
Passy, seorang warganegara Perancis. Oleh kerana Dunant terlalu lemah untuk
pergi ke Christiana, hadiah dan kemudiannya pingat telah dihantar
kepadanya. Dari Geneva, tempat tinggal
lamanya, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah menghantar perutusan berikut:
“Tidak ada insan yang lain yang patut diberi penghormatan ini, kerana
empat puluh tahun yang lalu andalah
orangnya yang menubuhkan pertubuhan antarabangsa bagi membantu mereka yang luka
di medan pertempuran. Tanpa anda, Palang Merah, pencapaian kemanusiaan yang
luhur pada kurun yang ke-19 ini, tidak mungkin wujud
Pada hari Ahad 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant meninggal dunia di
Heidden, di pergunungan dan dikalangan penduduk-penduduk di mana beliau
menikmati ketenangan hidup, jalinan persahabatan yang mesra dan keselamatan
yang berkekalan pada hari tuanya.
2.Jean Henry Dunant
Seorang Pemuda Berpakaian
Putih
1828-Lahir di Geneva, Rue Verdaine, di Bandar lama.
1855-Memulakan perniagaan di Algeria.
Membantu menubuhkan Perikatan Sedunia “Young Mens Christian “ Association “
(YMCA).
1858-Menubuhkan “The Mons-Djemile
Mills Company Ltd. Di Algeria.
Kurang senang dengan kelewatan pentadbiran , Dunant mengambil keputusan
untuk mengemukakan ideanya mengenai pertanian di Algeria.
25 Jun 1859 Berada di medan
perang Solferino. Berusaha untuk
memperbaiki penjagaan dan perhatian perubatan untuk kombatan dalam perang
Austria dengan Perikatan Perancis- Sardinia.
1862-Penebitan buku “Kenangan di Solferino”.
9 Feb 1863-“Genevese Society of Public Utility”, bersetuju mempraktikkan
ideanya.
Jun 1859 Berada di medan perang
Solferino. Berusaha untuk memperbaiki
penjagaan dan perhatian perubatan untuk kombatan dalam perang Austria dengan
Perikatan Perancis- Sardinia.
1862-Penebitan buku “Kenangan di Solferino”.
9 Feb 1863-“Genevese Society of Public Utility”, bersetuju mempraktikkan
ideanya.
Dis 1901 Menerima penganugerahan
Hadiah Keamanan Nobel yang pertama.
1910-Meninggal dunia di Heidden pada 30hb Oktober pada usia 82 tahun.
3.Peperangan di Solferino
Sudah melebihi 136 tahun lamanya, Palang Merah yang kini wujud hampir dalam
semua negara di dunia ini, telah berdiri teguh sebagai sebuah organisasi
bantuan dalam masa perang atau aman, meluaskan aktivitinya dalam berbagai
bidang dan menyatukan berjuta-juta manusia.
Pertempuran
Idea Palang Merah tercetus dalam hati
dan pemikiran seorang anak muda berbangsa Swiss bernama Henry Dunant semasa
beliau berada di Medan Pertempuran di Solferino, di Utara Itali dalam bulan Jun
1859.
Pada 24 Jun 1859, bala tentera dari Austria dan tentera perikatan
Perancis-Sardinia telah bertempur sepanjang hari berhampiran dengan Solferino,
sebuah kampung di Utara Itali. Ramai yang tercedera – lebih kurang 40,000
terkorban, tercedera atau hilang. Pada ketika itu, perkhidmatan perubatan
tentera belum lagi wujud untuk memberi bantuan; doktor dan jururawat lazimnya
dianggap sebagai kombatan dan biasanya ditembak ataupun dijadikan tawanan
perang. Ramai menderita kerana kecederaan dan mati akibat tidak mendapat
rawatan.
Mereka yang tercedera telah dibawa ke kampung-kampung yang berdekatan untuk
mendapat apa jua rawatan. Di sebuah gereja di Castiglione, Henry Dunant (yang
berpakaian putih) yang terpegun dan ngeri melihat penderitaan anggota-anggota
tentera yang cedera, mula melancarkan pertolongan dengan bantuan
penduduk-penduduk setempat. Bantuan diberi tanpa mengira pakaian seragam dan
bangsa, mereka, hanya menganggap mereka sebagai anggota-anggota yang menderita
tanpa senjata yang memerlukan pertolongan. Dunant sedih melihat pembunuhan yang
berlaku, jeritan kesakitan daripada mereka yang tercedera dan keadaan
penderitaan orang-orang tawanan perang.
4.Buku Kenangan di Solferino
Sekembali di Switzerland, Henry Dunant menumpukan tenaga dan masanya kepada
kejayaan suatu impian untuk memastikan bahawa penderitaan yang ngeri yang telah
disaksikannya itu tidak akan berulang lagi. Beliau menulis “Kenangan di
Solferino”, sebuah buku yang menbawa kesan yang mendalam. Ia merupakan
permulaan kepada suatu usaha kemanusiaan yang tidak pernah wujud sebelumnya.
Buku tersebut yang diterbitkan pada bulan November 1862 telah “mencuit perasaan
dan hati kecil insan di dunia”.
ConversionConversion EmoticonEmoticon