MEWUJUDKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BERKESAN
PENGENALAN
Kebelakangan ini timbul isu tentang Sekolah Kebangsaan yang dikatakan semakin tidak popular di kalangan rakyat Malaysia 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi tujuan keseluruhan Pendidikan di Malaysia.  Ia menyatakan bahawa pendidikan merupakan usaha berterusan:
          “…..untuk melahirkan  warganegara  Malaysia 
          pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung
          -jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri  serta
          memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmur-
          an keluarga, masyarakat dan negara.”
Noor Azmi Ibrahim (1998) menyatakan kecenderungan global ialah untuk memaksa perubahan pendidikan dengan mengenakan penstrukturan semula dan reformasi dari luar.  Penekanan terkini pula adalah lebih kepada pembudayaan semula sekolah bagi meningkatkan interaksi dan perhubungan dalaman persekolahan.  Perubahan pendidikan dijayakan oleh warga sekolah, iaitu guru, kakitangan sokongan, murid, ibu bapa dan masyarakat tempatan demi untuk kebaikan bersama.
Sekolah kebangsaan merupakan penawaran sistem pendidikan formal yang ditawarkan oleh pihak kerajaan selain daripada sistem pendidikan Sekolah Agama Rakyat.  Ramai ibu bapa dewasa ini memperlihatkan satu fenomena untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama rakyat yang lebih mirip kepada kurikulum keagamaan.  Persoalan yang perlu dijawab ialah di manakah kekurangannya sekolah kebangsaan?  Oleh itu, memorandum ini akan membincang isu bagaimana untuk membentuk sekolah kebangsaan yang berkesan.
CIRI-CIRI SEKOLAH BERKESAN
Menurut kajian yang dijalankan oleh Sammons, Hilman dan Mortimore (1995), mereka menyenaraikan cirri-ciri sekolah berkesan seperti berikut:
1.            Mempunyai Kepimpinan Yang Profesional
     Menurut mereka, pengetua perlu tegas dan rasional, mampu membimbing
     dan sanggup melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sekolah.
2.            Pengajaran Yang Bermatlamat
     Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara cekap dan
     berstruktur.  Latihan sesuai dan mempunyai tujuan dan matlamat yang
     jelas.
3.            Tumpuan Kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran
     Masa pengajaran dan pembelajaran dimaksimumkan dan pencapaian
     akademik menjadi keutamaan.
4.            Persekitaran Pembelajaran
     Teratur dan menarik.
5.            Mempunyai Matlamat dan Wawasan Bersama
          Semua pihak mempunyai tujuan yang sama, mengutamakan kerjasama
          dan latihan yang konsisten kepada pelajar.
6.            Peneguhan Positif
     Guru mendapat maklumbalas, peneguhan positif diberi kepada pelajar dan
     tindakan disiplin dikenakan secara cekap dan adil.
7.            Jangkaan Tinggi
     Jangkaan tinggi untuk semua aspek persekolahan.  Pelajar memahami
     harapan sekolah.  Sekolah mencabar pelajar secara intelektual.
8.       Hak Pelajar dan Jangkaan
     Memberi keutamaan kepada harga diri pelajar.  Pelajar diberi peluang
     memainkan peranan mereka dengan pengawalan guru.
9.            Memantau Perkembangan Staf
     Sekolah perlu sentiasa menilai kemajuan pelajar.
10.         Kerjasama Antara Guru dan Ibu Bapa
     Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah digalakkan.
RASIONAL PEMBENTUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BERKESAN
1.            Merealisasikan Tuntutan dan Cabaran Dalam Wawasan 2020
     Siti Hawa Ahmad (1997) menyatakan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai wawasan 2020, Malaysia 
2.            Mewujudkan Keyakinan Rakyat Terhadap Sistem Pendidikan Negara
     Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi          budaya dan amalan di sekolah rendah dan menengah.  Sistem Pendidikan          perlu berubah daripada pembelajaran yang menekankan hafalan kepada   pembelajaran yang merangsang pemikiran dan kreativiti, mengambilkira   pelbagai kebolehan dan gaya 
3.            Menyediakan Peluang Tenaga Kerja Seiringan Dengan Kehendak Negara
     Matlamat penting Pendidikan di Malaysia ialah pembangunan sumber        manusia untuk menyediakan tenaga kerja yang berketrampilan dan        intelektual serta berkeupayaan untuk menghadapi cabaran masa depan      (Noor Azmi Ibrahim, 1998).
4.            Memantau Semula Sistem Pendidikan Selaras Dengan FPK
     Segala perubahan Pendidikan di Malaysia 
PUNCA-PUNCA DAN ASPEK KELEMAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN
1.            Gaya 
     Kepimpinan pengetua memberi kesan ke atas sekolah berkesan.  Hasil       kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sabah mendapati terdapat          perbezaan dari segi gaya 
     Wan Mohd Zahid (1993) pula menyatakan terdapat guru besar dan pengetua menunggu arahan atau surat surat 
     Dalam kajian yang dijalankan oleh para pengkaji dalam ‘World Class         Schools’, ‘Pengetua’ merupakan dimensi kajian yang diberi penilaian paling     penting untuk membezakan tahap keberkesanan sesebuah sekolah        samaada sesama sekolah SES rendah atau SES sederhana.
2.            PELAJAR
     Aspek disiplin semakin berleluasa seperti ‘gangsterism’, ‘vandalism’,           salahlaku seksual, ugutan dan sebagainya.  Maka budaya belajar yang          sepatutnya diamalkan telah diabaikan.  Isu-isu ini bukanlah merupakan isu          baru tetapi  telah lama      dibincang.  Antaranya sejak tahun 1993 dalam       Seminar Pendidikan di Pulau Pinang .      Banyak pihak telah melahirkan     rasa kebimbangan terhadap fenomena ini.
3.            GURU
     Guru turut mengalami tekanan kerja disebabkan oleh bebanan kerja yang semakin meningkat disebabkan oleh perubahan atau inovasi kurikulum,          sistem ganjaran dan salahlaku pelajar.  Guru turut memberikan aspektasi    yang rendah terhadap pelajar.  Maka, psikososial dan kesihatan mental di kalangan guru turut membantutkan penggunaan sumber manusia yang      lebih efektif kearah sekolah berkesan.
4.            IBU BAPA / WARIS PELAJAR
     Budaya materialistic dan individualistic kian menguasai masyarakat Malaysia 
5.            PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
     Pengajaran dan pembelajaran merupakan ‘core business’ bagi membantu   peningkatan akademik.  Namun suasana pembelajaran seperti kelas yang    tidak kondusif, komunikasi yang tidak berkesan di antara guru - murid dan          murid – murid , stail pengajaran yang hanya berpusatkan guru,      penggunaan media pengajaran secara ‘chalk and talk’ , dan pembelajaran secara kelas turut menyumbang ke arah  konsep pengajaran dan       pembelajaran yang kurang efektif.
     Selain daripada apa yang dinyatakan di atas, Teddlie, Stringfield dan        Teddlie dan Reybolds (2000) turut menyenaraikan faktor-faktor yang      boleh mempengaruhi keberkesanan sesebuah sekolah.  Dimensi-dimensi      tersebut telah diberi ‘rating’ mengikut hiraki:
·         Pengalaman pelajar                                                 4.14
·         Gaya 
·         Hubungan sesama staf                                             3.63
·         Jangkaan terhadap pelajar                                       3.57
·         Kepimpinan pengetua                                              3.56
·         Matlamat sekolah                                                    3.25
·         Ciri-ciri sekolah                                                       2.78
·         Pengaruh ibu bapa                                                   2.78
·         Imej sekolah                                                           2.50
·         Hubungan dengan pihak berkuasa tempatan               2.40
·         Kurikulum                                                               2.11
·         Sumber sekolah                                                       1.78
CADANGAN-CADANGAN BAGI MEMAJUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN AGAR LEBIH BERKESAN
Untuk mewujudkan sekolah kebangsaan yang berkesan, dicadangkan:
1.           Ujudkan Suasana Persekolahan Yang Menarik
     Sekolah selalu dituduh menawarkan program persekolahan (kurikulum dan           kokurikulum) yang membosankan sehingga murid enggan pergi ke sekolah. Untuk    menjadikan sebuah sekolah yang berkesan, guru dan pentadbir sekolah perlu   berusaha menyediakan program kurikulum dan kokurikulum yang inovatif dan          menarik.  Syor ini selaras dengan pandangan Dr. Noor Azmi Ibrahim (1998) dalam   Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru, pada 26 – 28 Oktober 1998 di    UM.
     Panitia sekolah perlu bekerjasama dan memastikan program kurikulum relevan dan        bermakna.  Murid diajar menganggap prestasi akademik sebagai matlamat yang     mulia dan sekolah memberikan pelbagai insentif untuk meningkatkan usaha murid           kearah pencapaian matlamat ini.  Aktiviti kokurikulum (KK) perlu dianggap sebagai     sebahagian daripada kurikulum sekolah.  Setiap murid digalak melibatkan diri.          Penjadualan aktiviti KK perlu fleksibel kerana dijalankan di luar waktu sekolah sama     ada di dalam atau di luar bilik darjah.  Aktiviti KK ini dicadangkan kerana ia      menyokong program kurikulum dari segi menyediakan pelajar dengan pengetahuan       dan pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, jasmani, rohani dan nilai-nilai          estetika serta sosial yang positif di samping menyeronokkan.
2.            MENYEDIAKAN LALUAN KE DUNIA KERJAYA
          Sekolah kebangsaan boleh menjadi berkesan jika dapat menyediakan program atau       aktiviti yang dapat membantu murid-murid untuk mendapat gambaran tentang dunia      pekerjaan dan membekalkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang perlu.      Kurikulum dalam sistem peperiksaan terbuka harus memenuhi kehendak dan cita
          rasa pelajarnya.  Sebagai contoh, sekolah boleh memperkenalkan mata pelajaran          Teknologi Maklumat bagi menyahut keperluan terkini yang memerlukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi bagi semua sector pekerjaan.
 
 
 
ConversionConversion EmoticonEmoticon