ikut pengalaman aku
beli motor sebelum2 ini;
1) tengok poket. berapa duit ada.. kalau ada 10k, tapi nak beli motor berkuasa 1000cc ke atas memang x dapat la. sekarang ni, yang 550cc pun harga dah berbelas ribu.
2) model apa nak beli.
kalau boleh, check sekali spare part masih wujud atau tidak.
1) tengok poket. berapa duit ada.. kalau ada 10k, tapi nak beli motor berkuasa 1000cc ke atas memang x dapat la. sekarang ni, yang 550cc pun harga dah berbelas ribu.
2) model apa nak beli.
kalau boleh, check sekali spare part masih wujud atau tidak.
3) check keaslian motor.
kalau dah dapat motor, dari mudah.com ke, mana ke, tengok motor tu. ada yang suka motor masih standard, ada yang tak kisah janji ada tertera model motor kat situ. ikut la citarasa masing-masing.
4) dokumentasi.
kalau dah berminat dengan motor tersebut, tanya pulak dokumen. geran, no.plat, no.chasis. pastikan apa yang tertera pada geran, sama dengan apa yang terpahat kat enjin dan chasis. kalau x sama, ada banyak kemungkinan la. ini bagi mengelakkan sebarang penipuan.
memang ada yang kata tak berapa penting. asal jadi duit. tapi, sebagai pengguna kita kena berjaga-jaga. malang tak berbau. kalau terjadi xcident ke apa ke, nak claim insuran memang susah. lagi2 kalau ada life insurance. itu tujuannya..
5) harga.
kalau semua dah clear, nego harga pulak. sekarang ni, semua dah mahal. so, ramai seller akan kaut keuntungan kat sini. pandai2 la nego harga. kalau rasa mahal sangat, jangan beli. biar seller simpan kat rumah sampai berkarat. hahaha..
ini perkara yang biasanya diambil enteng oleh sesetengah pembeli disebabkan mendapat tawaran harga yang agak rendah. sebagai contoh;
motosikal didaftarkan pada tahun 2005. ditawarkan pada harga yang rendah dari harga tawaran. penjual mengatakan motosikal mempunyai batuan perjalanan dibawah 10,000km. di sini kena berhati2 dengan fakta tersebut. jika batuan rendah, sila pastikan keadaan disc brake, juga pastikan kekemasan pada skru pengikat meter. meter digital kereta pun boleh diubah batuan perjalanan. masa kan motosikal tidak boleh. batuan sebenar kereta boleh dirujuk pada service center. jika penjual sudah menukar lampu hadapan, meter,fork dan lain2, mungkin motorsikal sudah pernah mengalami kemalangan yang teruk. boleh juga rujuk kepada mana2 syarikat insuran berdaftar.
begitulah adanya..sekian. salam hormat.
Kenangan bersama Kawasaki Ninja yang dulu telah dilepaskan..
ConversionConversion EmoticonEmoticon